Peserta rombongan bertolak daripada Kota Bharu pada jam 10.00 malam dan sampai di Kuala Lumpur Internasional Hotel pada jam 6.00 pagi. Setelah selesai makan tengahari di Hotel Plaza, peserta rombongan bertolak ke KLCC pada jam 2.00 petang.
Sebelum menghadiri pameran, para peserta dibawa ke Dewan Filharmonik Petronas untuk mendengar sedikit taklimat mengenai persembahan okestra yang diadakan di dewan tersebut. Pada jam 4.00 petang, para peserta dibawa ke Dewan Konvensyen Utama KLCC untuk mengunjungi Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam .
Pameran yang bertemakan Sains Islam Mendahului Zaman ini bertujuan untuk menyemai minat terhadap bidang sains dalam diri rakyat Malaysia. Pameran ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian astronomi, bahagian perubatan, bahagian geografi dan matematik dan bahagian teknologi dan inovasi.
Pelbagai acara sampingan seperti cabutan bertuah, kuiz dan demostrasi diadakan sepanjang pameran itu. Peserta meninggalkan dewan pameran pada pukul 6.30 petang. Mereka kemudiannya menikmati makan malam di Hotel Plaza dan bertolak balik ke Kota Bharu pada jam 9.00 malam. Rombongan sampai di Kota Bharu pada jam 4.30 pagi .
No comments:
Post a Comment