Sunday, April 15, 2007

Gotong Royong Di Pusat Latihan Komuniti Kampung Huda

KAMPUNG HUDA - Aktiviti gotong-royong di Pusat Latihan, Aktiviti Dan Komuniti Briged Bakti (PLAKBB) yang terletak di Kampung Huda merupakan aktiviti pertama untuk ahli SIP bagi seisi 2007. Aktiviti ini di laksanakan dalam tahun 2006 secara tergesa-gesa yang berfokus di aras bawah PLAKBB di Kampung Huda kerana ia adalah sebahagian langkah untuk memantapkan lagi perancangan yang di atur oleh kami bagi tahun 2007.

Aktiviti ini di ketuai oleh Muhammad Tajuddin dan di bantu oleh seorang pegawai SIP iaitu Haji Alias. Turut serta ialah 9 orang senior ahli SIP, dan 25 orang ahli SIP yang baru.

Di PLAKBB yang terletak di Kampung Huda, ahli-ahli SIP mula berkumpul pada jam 0900 pagi, waktu semenanjung Malaysia, 30 Disember 2006. Bagi ahli SIP yang sudah mengenali lokasi PLAKBB ini,mereka tiada masalah untuk datang dan berkumpul di sini, tetapi bagi ahli SIP yang belum mengenali, masalah akan timbul kerana mereka tidak tahu bagaimana arah jalan untuk sampai ke sini. Masalah ini telah dapat di atasi dengan ahli SIP yang belum mengenali PLAKBB di Kampung Huda berkumpul di Pasaraya membeli-belah BILAL. Kemudian, AJK bahagian logistik iaitu Mohd Assa’di Muzammil menjadi ’pemandu’ yang menunjukkan arah dari BILAL ke PLAKBB. Selain Mohd Assa’di Muzammil, Che Asmawi dan Muhammad Tajuddin turut membantu bagi menangani masalah ’sesat jalan’ ini.

Kedatangan ahli-ahli SIP ke aktiviti ini telah di catit oleh Syahirah Binti Abd Manan yang bertindak sebagai setiausaha SIP bagi seisi 2007. Selain bertugas mencatit kedatangan ahli SIP, dia juga bertugas mencatit ahli SIP yang membawa tin yang boleh di kitar semula. Kami yang hadir ke aktiviti ini telah di minta membawa tin yang boleh di kitar semula iaitu langkah untuk mendapatkan ’Dana’ bagi tahun 2007.

Setelah selesai pemeriksaan kedatangan semua ahli SIP yang di minta hadir di urus oleh setiausaha, kami di arahkan berkumpul oleh pengerusi SIP bagi seisi 2007. Tempat berkumpul ialah ruang solat di bahagian bawah dalam PLAKBB untuk taklimat pembahagian tugas oleh pengerusi SIP. Pengerusi mengarahkan semua ahli SIP yang lelaki mengemas, menyusun, dan membersihkan bahagian stor, manakala perempuan di arahkan mengemas bahagian dapur, ruang solat, ruang mesyuarat,dan ruang duduk VIP.

Aktiviti ini di mantapkan lagi dengan kehadiran Haji Alias atau lebih di kenali ’Ayah Aji’. Beliau mengarahkan semua ahli SIP mengasing bahan-bahan dan alatan-alatan yang berada di aras bawah dalam PLAKBB itu kepada beberapa bahagian seperti bahagian perkhemahan, pengurusan jenazah, pertolongan cemas, pejabat, dan lain-lain. Beberapa ahli SIP di arahkan untuk membersih dan membakar sampah di bahagian luar Taski .

Ketika aktiviti ini di jalankan, 5 orang daripada ahli SIP di arahkan untuk menguruskan makanan dan minuman. Jamil iaitu senior ahli SIP di tugaskan oleh Ayah Aji untuk membeli bahan masakan seperti beras,bawang,minyak masak dan lain-lain.

Kira-kira pukul 0200 petang, ahli SIP menjamu selera di ruang makan bersama Ayah Aji. Selepas menjamu selera, beberapa orang daripada ahli SIP di tugaskan membersihkan bahagian dapur. Selepas itu, ada mesyuarat yang di pengerusikan oleh saudara Bukhari. Antara agendanya ialah membincangkan hal program Derma Darah.

Kira-kira pukul 0400 petang, semua ahli SIP bertolak pulang dari kawasan PLAKBB di Kampung Huda.

No comments: