Program ini bermatlamat untuk membentuk identiti pemimpin pelajar agar mempunyai semangat ingin berjaya, bertanggungjawab terhadap tugas dan berusaha ke arah kecemerlangan diri dan sekolah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membentuk pemimpin pelajar yang berjati diri, berpengalaman dan setia terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan .
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Slot LDK, Kembara Fajar, Qiamulail, Refleksi Ukrawiah dan Kembara Stesen. Sebanyak 6 sesi Slot LDK telah dijalankan. Slot ini mampu melatih kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi dalam diri peserta.
Majlis penutup Kem Kepimpinan Pelajar Sekolah Menengah Chiku 2 disempurnakan Encik Afnin selaku Pegawai Pertanian FELDA. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para pelajar agar mengambil pengajaran daripada kesusahan dan pengorbanan peneroka FELDA dan sentiasa berusaha memajukan diri demi meningkatkan tarap hidup peneroka FELDA.
No comments:
Post a Comment