Wednesday, July 29, 2009

Perkhemahan Perdana Briged Bakti Negeri Kelantan kali ke-15/2009

Pada 19-25hb Jun 2009, telah berlangsungnya satu perkhemahan perdana kadet briged bakti remaja Malaysia peringkat negeri Kelantan yang telah diadakan di Home Beach Resort, PCB, Kota Bharu.. Pekhemahan perdana pada kali ini berlainan daripada perkhemahan pada tahun-tahun yang lepas. Ini kerana, buat julung-julung kalinya perkhemahan perdana dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama untuk pasukan puteri yang bermula pada 19hb hingga 22hb Jun 2009, manakala sesi kedua bagi pasukan putera bermula dari 22hb hingga 25 hb Jun.
baca seterusnya

Monday, May 4, 2009

PERKHEMAHAN BERSEPADU PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH MENENGAH (KRS & NGO KATEGORI PEREMPUAN) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2009

Pada 24 hingga 30 April 2009,telah berlangsungnya Perkhemahan Bersepadu Pasukan Badan Beruniform Sekolah Menengah (KRS & NGO Kategori Perempuan) Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 dan diadakan di Pusat Ko-Kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan Daerah Bachok di Tangok.

Pasukan Kadet Briged Bakti Malaysia Cawangan Negeri Kelantan telah bertugas sebagai Jurulatih Pembimbing bagi Stesen Posdir(Pengurusan Orang Sakit Di Rumah).Modul atau slot Posdir yang dijalankan ialah:-

1. Penyediaan Katil Tanpa Pesakit.
2. Penyediaan Katil Dengan Pesakit.
3. Kemahiran Tayammum Dengan Pesakit

Setiap slot berjalan selama 2 jam.Sebanyak 3 slot selari dan dihadiri oleh lebih kurang 60 peserta bagi setiap slot.Para peserta tersiri daripada pelbagai unit beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah(KRS), Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM), Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam, St. John Ambulance dan termasuk peserta daripada Pasukan Pengakap Puteri Thailand.

Jurulatih yang terlibat bagi menjayakan slot Posdir ini terdiri daripada:-

1. Ketua Jurulatih Teknikal : En. Che Yob b. Mohamood(Penyelaras Briged Bakti Negeri Kelantan-Sekolah Menengah)
2. Penolong Ketua Jurulatih Teknikal : En. Saffini b. Deraman
3. Jurulatih Cawangan Kota Bharu:-

* Puan Rohani bt Abdul Rahim(Pegawai Belia BSMM SMK Kedai Buloh,AJK Cawangan BSMM Kota Bharu)
* Puan Wan Faridah bt Wan Hassan(BSMM SMK Beris Panchor,Bachok)

4. SIP dan SSR:-

* Nur Hafiza bt Mokhtar
* Farah Wahyuni bt Zainuddin
* Norma Huzaini bt Mohamed Nawi

Wednesday, April 1, 2009

Laporan Bubur Asyura 2009

Pada 27 Februari 2009 bersamaan 30 Muharam 14320 H Skuad Sukarelawan Remaja(SSR)telah mengadakan satu majlis iaitu majlis asy-syura bertempat di padang Sekolah Sri Al-Hikmah.Setelah menunggu sekian l ama,akhirnya majlis ini berjaya di langsungkan dengan baik pada tahun ini.Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Briged Bakti dan dengan kerjasama Yapiem dan Abim.
Pada malam sebelumnya,kami berkampung di pejabat untuk menyediakan barang-barang keperluan.Beberapa tapak untuk memasak telah disediakan,ada yang membasuh kawah,menyediakan bahan seperti memotong serai,menanak nasi dan sebagainya.Sebelum bersurai,kami di beri taklimat ringkas bagi mengemaskan lagi program yang akan di adakan esok.
Pada esok paginya, selepas solat fardhu subuh secara berjemaah,kami bergegas ke tapak bagi menghidupkan api dan menyediakan bahan-bahan yang hendak digunakan.Kami terpaksa bertungkus lumus menyediakan bahan seperti memesin nasi,serai,kacang hijau dan sebagainya sebelum ketibaan Ustaz Nasir.Walaupun agak keletihan,namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk menjayakan program ini.Sekitar jam 9 pagi,semua SSR dan SIP berkumpul dan bersedia umtuk membantu apa yany perlu.
Sekitar jam 11.30, sementara menunggu bubur masak,satu latihan ringkas diadakan dan diketuai oleh Che Aziz untuk memantapkan ukhuwah diantara SSR&SIP.Kerja-kerja memasak bubur di lakukan secara bergilir-gilir.
Sesungguhnya progarm ini tidak akan berjalan lancar tanpa kerjasama semua pihak.Justeru itu, kepada semua yang terlibat dalam program asy-syura ini di ucapkan jutaan terima kasih.Semoga semua kerja amal ini mendapat keredhaan ilahi