Wednesday, March 28, 2007

Tempahan Baju SIP BBNK 2007


Tempahan Baju Skuad Ibu Pejabat Sessi 2007 untuk semua generasi SIP (Lama dan Baru)
Sesiapa yang berminat untuk menempah baju ini, sila hubungi individu atau pejabat seperti berikut :

Fikree : 017-9158856
Faizal : 017- 3792186

Pejabat BBNK : 09-7743909


Bagi yang berminat sila beri maklumat seperti berikut :


Nama :
No Hp :
Saiz : M, L, XL.XXL.XXXL

Bayaran perlu di buat sebelum tarikh 15 April 2007 !!!

TEMPAH SEGERA !!!


Contoh Baju :


T-Shirt Lengan Pendek Harga : RM 25.00


T-Shirt Lengan Panjang Harga : RM 26.00


Design Belakang
* Design belakang T-Shirt Lengan pendek
dan panjang adalah sama...








Thursday, March 22, 2007

BBNK rakam tahniah kepada pelajar terbaik SPM

Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Kelantan, Siti Fatimah Mukhtar yang memperolehi 18 A dalam keputusan peperiksaan yang diumumkan semalam.

Kejayaan Siti Fatimah yang turut dikongsi bersama oleh kedua ibubapanya yang sentiasa memberi dorongan semangat ,disiplin , kasih sayang serta penekanan tarbiyah supaya anak mereka bukan sahaja cemerlang dari segi akademik bahkan cemerlang dari segi sahsiah serta mematuhi segala amalan yang dituntut oleh Islam.

Bapanya, Mukhtar Ismail merupakan pegawai Bank Islam, pernah bergiat aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan sejak awal 80-an dan jawatan terakhir beliau dalam ABIM Kelantan adalah sebagai Setiausaha Kewangan ABIM Kelantan. Manakala ibunya Pn Aishah Mohamad adalah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tapang juga turut bergiat aktif dalam ABIM selaku Exco Helwa ABIM Kelantan.

Menurut Fatimah yang merupakan anak ke 7 daripada 8 0rang adik-beradik, menyatakan bahawa beliau berasa bersyukur dengan kejayaan ini kerana dapat membanggakan ibubapa, guru-guru dan juga sekolah sendiri.Menurut beliau apabila ditanya tentang apakah perasaan beliau apabila beliau berada di tempat pertama pelajar terbaik SPM seluruh Malaysia, beliau menjelaskan jika benar seperti yang dinyatakan, beliau berasa bersyukur atas kejayaan ini dan menganggap kejayaan ini bukan untuk menaikkan nama beliau , tetapi untuk menaikkan nama guru dan sekolah di persada kecemerlangan.

Fatimah yang telah menghafaz 13 juzuk al-Quran, pandai membahagikan masa antara waktu belajar, mengulangkaji dan menghafaz Al-Quran serta tidak melupakan waktu untuk solat Hajat dan selalu berdoa agar segala hajatnya dimakbulkan kerana sebagai seorang muslim beliau percaya hubungan manusia dengan Allah Swt tidak boleh dipisahkan.


Selain daripada menumpukan kepada akademik, Fatimah juga turut aktif dalam kokurikulum dan tanggungjawab beliau di sekolah. Beliau merupakan Ketua Pelajar di Maahad Muhammadi Perempuan dan turut aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti pertandingan Badminton peringkat negeri,debat bahasa Arab peringkat zon (Naib Johan) serta kuiz Sains dan Matematik diperingkat zon.

Menurut beliau lagi, selain mengharapkan doa dimakbulkan dari Allah, usaha yang berterusan perlu ada kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.

siti Fatimah berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan kini sedang membuat persediaan awal dengan memasuki kelas latihan bahasa Inggeris di Pusat Smart Reader di Kota Bharu.

KEAHLIAN

KEAHLIAN
Mengikut Perlembagaan Briged Bakti, Keahlian Briged Bakti Terbahagi Kepada 2 bahagian iaitu :


Ahli Biasa

- Terbuka kepada mereka yang menetap di Negeri Kelantan, berumur 18 tahun ke atas.
Ahli Remaja

- Tebuka kepada remaja lelaki dan perempuan yang tinggal di Negeri Kelantan yang berusia 10 tahun ke atas dan di bawah 18 tahun dengan syarat mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga Mereka. Mereka tidak layak mengundi dan memegang sebarang jawatan dalam pertubuhan.

- Dari segi amalan dan pelaksanaannya, keahlian dan pasukan Briged Bakti dibahagikan kepada tiga kategori atau peringkat :
( Pe/ajar-pc/ajar / individu bukan Islam juga boleti »menjadi ahli Briged Bakti di seinua peringkat)
a) Briged Bakti Muda
b) Bilged Bakti Remaja
Murid-murid sekolah rendah yang berumur 10 tahun hingga 12 tahun

Pelajar sekolah menengah yang berumur 13 hingga 18 tahun
c) Bilged Bakti Dewasa - Individu yang berumur 18 tahun ke atas.
1 2.

REMAJA BRIGED

Marilah Wahai remaja
Mari sumbangkan tenaga
Briged Bakti tetap bersedia
Membimbing membantu
Serta mengorbankan masa
Demi meningkatkan potensi yang ada
Warga muda berdisiplin bersemangat
Briged Bakti sedia berkhidmat

Generasi berwawasan
Tinggal segala khayalan
Ayuh bangun langkah Ke hadapan
Briged Bakti bersedia

Berganding bahu bersama
Putera Puteri bersemangat waja
Terus berbakti tanpa jemu dan lesu
Briged Bakti terus maju

c/o Iman yang teguh berserah pada Tuhan
Akhlak yang murni jadi hiasan diri
Sabar dan tekun dalam perjuangan
Kuat beriltizam berkeyakinan * * * *

Briged Bakti meneruskan
Perjuangan berwawasan
Agar masyarakat mendapat bimbingan
Remaja warisan ummah

Jalinkan ukhuwah
Kasih sayang keluarga
Hubungan yang mesra

Hidup aman lagi sejahtera Berbakti untuk negara (2 x)

Senikata dan Lirik : Nurul Iman bt. Dzukifli (SMKA Naim Lil Banat)
Muzik : En. Khairi bin Kerbak (PSPN Kelantan)