Sunday, April 29, 2007

MAKSUD LAMBANG PERTUBUHAN BRIED BAKTI


1. BUCU LIMA(Warna Perak) : Kepatuhan dan penghayatan kepada lima prinsip
TERAS BRIGED BAKTI iaitu:

1. Kepatuhan
2. Kesetiaan
3. Persaudaraan
4. Kebaktian
5. Keihklasan

2. LINGKARAN BUNGA TANJUNG (warna kuning):

1. Pengorbanan
2. Kemanfaatan
3. Ketrampilan

3. BUNGA TANJUNG(kuning) : Sedia membantu dan memberi khidmat bakti.


4. BULAN SABIT(merah) :

1. Keperihatinan
2. Pertolongan Cemas

5. BINTANG 14 BUCU( merah) :

1. Kesejagatan
2. 14 buah negeri di Malaysia

6. TANGAN BERJABAT ERAT(kuning) :

1. Persahabatan
2. Perpaduan
3. Kerjasama


7 KETERAGAN WARNA

HIJAU : Warna teras Briged Bakti
KESABARAN DAN KETENANGAN

MERAH : KEBERANIAN DAN KETANGKASAN

KUNING : KEWIBAWAAN, KECEMERLANGAN DAN
PROAKTIF

HITAM : SENTIASA BERSIAP SEDIA,BERDISIPLIN
DAN
KOMITED



Ketua SIP 2007

NAMA : NIK MUHAMMAD HAZWAN BIN NIK AZIS

ALAMAT : LOT 354 KAMPUNG PULAU BELANGA
16150 KOTA BHARU,KELANTAN.

TARIKH LAHIR : 20 JUN 1989

SEKOLAH : SMK(A) FALAHIAH

CITA-CITA : GURU

MOTTO : HIDUP BIAR BERJASA

AHLI BRIGED BAKTI : TAHUN 2002
(SIP 2007)

JAWATAN DALAM SEKOLAH : TIMBALAN PENGERUSI BRIGED BAKTI

HARAPAN : HARAPAN AGAR BRIGED BAKTI AKAN
BERKEMBANG PADA MASA HADAPAN
KE SELURUH MALAYSIA DAN MENJADI
BADAN NGO YANG DISEGANI DAN DIGERUNI.

Ketua SIP 2007

Ketua SIP 2007

PERKHEMAHAN PERDANA BRIGED BAKTI KE-13

Tumpat-Pada 21-25 April 2007Seramai 955 ahli Pasukan Briged Bakti dari 38 sekolah menengah seluruh Kelantan,Termasuk sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan(YIK) menyertai Perkhemahan Perdana di Kem Kok Keli. Perkhemahan ini dapat membentuk nilai-nilai positif dalam diri setiap remaja seperti sikap membantu,berdisiplin,bina insan dan ketahanan fizikal.Sepanjang perkhemahan itu, turut ditekankan pembinaan rohani sebagai muslim seperti sembahyang berjemaah,pebatasan pergaulan lelaki dan perempuan dan mentaati pemimpin.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan Kawat kaki,kawat usungan(pertolongan Cemas),memasak ala kampung,membuat kek medan,fesyen pakaian pengantin,nasyid,Dekon, amalan kebersihan tapak perkhemahan,ceramah, apresiasi seni budaya, sukaneka, munajat perdana dan Kembara berhalangan.

Aktiviti-aktiviti ini kebanyakan nya dikendalikan oleh urustia daripada Skuad Ibu Pejabat BBNK(SIP) dan guru-guru yang bertugas. Perkhemahan ini diharap dapat membina semangat berkumpulan ,keyakinan diri, ketahanan dari segi aspek fizikal dan mental,kreativiti,kepimpinan dan pengetahuan dalam pesatuan. Majlis penutupan Perkhemahan Perdana Pasukan Kadet Briged Bakti ke-13 di sempurnakan oleh Ybrs. Ust Sabri dari Bahagian Kokurikulum dan Kurikulum Yayasan Islam Kelantan. majlis itu juga turut dihadiri oleh wakil dari JPN
VIP majlis penutupan

Pemeriksaan pembarisan
Pertandingan Nasyid
Pertandingan Simulasi medan
Sukaneka
Senaman
Pelajar SRI Malaysia
Guru Pangiring berbangsa Cina




KEPUTUSAN RASMI ACARA PERTANDINGAN PERKHEMAHAN PERDANA-13


1. KAWAT KAKI(LELAKI):

PERTAMA : MAAHAD MUHAMMADI LELAKI
KEDUA : SMK(A)FALAHIAH
KATIGA : SMK(A)TOK BACHOK(TANGOK)


2. KAWAT KAKI (PEREMPUAN):

PERTAMA : SMK(A)NAIM LILBANAT
KEDUA : SMK ZAINAB 1
KATIGA : MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN


3. PERTOLONGAN CEMAS (LELAKI):

PERTAMA : SMK PUTERI SAADONG
KEDUA : MAAHAD MUHAMMADI LELAKI
KETIGA : SMK DATO' BIJI WANGSA

4. PERTOLONGAN CEMAS (LELAKI):

PERTAMA : SMK(A)NAIM LILBANAT
KEDUA : MAAHAD MUHAMMADI(P)PASIR PEKAN
KETIGA : SMK PUTERI SAADONG

5.
KHEMAH TERBAIK (LELAKI):

PERTAMA : SMK(A)WATANIAH
KEDUA : MAAHAD DARUL ANUAR,PULAU MELAKA
KETIGA : MAAHAD MUHAMMADI LELAKI

6.
KHEMAH TERBAIK (PEREMPUAN):

PERTAMA : MAAHAD MUHAMMADI (P) PASIR PEKAN
KEDUA : SMK SULTAN YAHYA PETRA
KETIGA : SMK ZAINAB 1

7. KOMANDAN TERBAIK

- MOHD ASRUL HAFIZI BIN MOHD RUSDI
(SMK(A)TOK BACHOK(TANGOK))

8. KOMANDAN TERBAIK

- NUR AYUNI AZMIN
(SMK(A)NAIM LILBANAT)


9. PASUKAN BERPOTENSI : MAAHAD DARUL ANUAR,PULAU MELAKA


10. JUARA KESELURUHAN : YAYASAN ISLAM KELANTAN(YIK).


































































Monday, April 16, 2007

EKSPEDISI KE PUNCAK GUNUNG STONG

Dabong,22 Februari 2007 – Skuad Ibu Pejabat(SIPBBNK) telah menganjurkan ekspedisi pendakian ke Gunung Stong. Ekspedisi ini terdiri dalam kalangan ahli Skuad Ibu Pejabat iaitu seramai 13 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Kami bertolak dari stesen kereta api Wakaf Bharu jam 4.00 pagi dan sampai di stesen kereta api Dabong jam 7.00 pagi.


Selepas sarapan pagi di warong yang berhampiran, rombongan kami memulakan ekspedisi ke puncak pada jam 12.00 tengahari dan sampai di kem Baha pada pukul 2.30 petang. Rombongan kami bermalam di situ bagi menyambung perjalanan keesokan harinya. Kem Baha merupakan kawasan perkhemahan di mana di situ terletaknya air terjun tertinggi di Asia. Keindahan air terjun tersebut begitu menakjubkan di mana tidak terbanding dengan mana-mana air terjun lain. Ia menjadi bekalan minuman kami sepanjang berada di sana.

Pada keesokan harinya, kami meneruskan ekspedisi menuju ke puncak pada pukul 9.30 pagi. Tapi sebelum itu kami menyiapkan bekalan makanan untuk makan tengah hari apabila sampai di puncak. Ekspedisi kami diiringi seorang guide yang berpengalaman. Perjalanan tersebut mengambil masa selama empat jam lebih. Pelbagai cabaran yang kami tempuhi sepanjang perjalanan.



Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Gua Bogo untuk mengisi bekalan minuman dan mengambil gambar. Kemudian, kami meneruskan kembali perjalanan hinggalah menemui mata air terakhir. Sampailah ke Batu Besar Sang Kelembar yang mana merupakan persinggahan terakhir untuk sampai ke puncak.

Kami tiba di puncak pada pukul 2.00 petang dan kami bergambar selepas makan tengah hari. Kami bertolak turun dan sampai di Kem Baha dan kami bermalam sekali lagi di situ. Pada keesokan harinya, kami bertolak turun ke kaki gunung pada pukul 10.00 pagi dan sampai di kaki gunung pada pukul 12.30 tengah hari.

Selepas makan tengah hari, kami bertolak pulang dari stesen Dabong pada pukul 2.00 petang dan sampai di stesen Wakaf Bharu pada pukul 5.30 petang.

KHIDMAS DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI.

GUA MUSANG, 16 Feb – Skuad Ibu Pejabat ( SIP ) telah dipelawa oleh pihak IOA (Islamic Outreach ABIM) untuk ke perkampungan orang asli sebagai sukarelawan dakwah orang asli. Pihak Briged Bakti telah menghantar 4 orang dari kalangan SIP ke perkampungan orang asli.

Program ini berjalan selama 4 hari 3 malam dan bertolak dari Pusat Latihan Orang Asli (PLOA) Kok Lanas, pada pukul 10.30 malam. Perjalanan yang cukup mencabar dan penuh liku terpaksa ditempuh dan diredah ini memakan masa selama 5 jam sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara orang asli dengan orang tempatan, menyampaikan dakwah islamiyah dan menyemat nilai-nilai islamiyah kepada penduduk orang asli. Di sana penduduknya lebih kurang seramai 200 sehingga 300 orang di mana penduduknya terdiri daripada 3 agama iaitu agama islam, agama kristian dan agama sewan (agama nenek moyang).

Antara aktiviti yang dijalankan di sana ialah makan malam keraian, solat maghrib dan isyak berjemaah, ceramah agama, kelas fardu ain dan sesi menziarahi kampung. Aktiviti ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dan mendapat kerjasama yang baik dari penduduk di situ. Kebanyakan aktiviti ini dijalankan di balai raya ABIM.

Akhirnya, program ini berjaya mencapai matlamat asal walaupun terdapat cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuh. Kepulangan pihak IOA kali ini berjaya menarik dan membawa pulang 6 anak orang asli ke PLOA untuk menyambung kursus mempelajari agama islam dengan lebih mendalam. Kira-kira 10.00 pagi, program ini selesai dan bertolak pulang ke PLOA.

MEWAKILI ABIM LAWATAN KE PEMERAN TEKNOLOGI SAINS DI KLCC

Kuala Lumpur – Seramai 25 orang peserta termasuk 10 orang ahli Skuad Ibu Pejabat yang mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Kelantan telah mengikuti lawatan ke Kuala Lumpur sempena Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam yang diadakan di Dewan Konvensyen Utama KLCC. Lawatan anjuran Puteri Umno ini telah diadakan pada 11 Januari 2007 bersamaan dengan 21 Zulhijjah 1427 H.

Peserta rombongan bertolak daripada Kota Bharu pada jam 10.00 malam dan sampai di Kuala Lumpur Internasional Hotel pada jam 6.00 pagi. Setelah selesai makan tengahari di Hotel Plaza, peserta rombongan bertolak ke KLCC pada jam 2.00 petang.

Sebelum menghadiri pameran, para peserta dibawa ke Dewan Filharmonik Petronas untuk mendengar sedikit taklimat mengenai persembahan okestra yang diadakan di dewan tersebut. Pada jam 4.00 petang, para peserta dibawa ke Dewan Konvensyen Utama KLCC untuk mengunjungi Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam .

Pameran yang bertemakan Sains Islam Mendahului Zaman ini bertujuan untuk menyemai minat terhadap bidang sains dalam diri rakyat Malaysia. Pameran ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian astronomi, bahagian perubatan, bahagian geografi dan matematik dan bahagian teknologi dan inovasi.

Pelbagai acara sampingan seperti cabutan bertuah, kuiz dan demostrasi diadakan sepanjang pameran itu. Peserta meninggalkan dewan pameran pada pukul 6.30 petang. Mereka kemudiannya menikmati makan malam di Hotel Plaza dan bertolak balik ke Kota Bharu pada jam 9.00 malam. Rombongan sampai di Kota Bharu pada jam 4.30 pagi .

MEWAKILI ABIM LAWATAN KE PEMERAN TEKNOLOGI SAINS DI KLCC

Kuala Lumpur – Seramai 25 orang peserta termasuk 10 orang ahli Skuad Ibu Pejabat yang mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Kelantan telah mengikuti lawatan ke Kuala Lumpur sempena Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam yang diadakan di Dewan Konvensyen Utama KLCC. Lawatan anjuran Puteri Umno ini telah diadakan pada 11 Januari 2007 bersamaan dengan 21 Zulhijjah 1427 H.

Peserta rombongan bertolak daripada Kota Bharu pada jam 10.00 malam dan sampai di Kuala Lumpur Internasional Hotel pada jam 6.00 pagi. Setelah selesai makan tengahari di Hotel Plaza, peserta rombongan bertolak ke KLCC pada jam 2.00 petang.
Sebelum menghadiri pameran, para peserta dibawa ke Dewan Filharmonik Petronas untuk mendengar sedikit taklimat mengenai persembahan okestra yang diadakan di dewan tersebut. Pada jam 4.00 petang, para peserta dibawa ke Dewan Konvensyen Utama KLCC untuk mengunjungi Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam .


Pameran yang bertemakan Sains Islam Mendahului Zaman ini bertujuan untuk menyemai minat terhadap bidang sains dalam diri rakyat Malaysia. Pameran ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian astronomi, bahagian perubatan, bahagian geografi dan matematik dan bahagian teknologi dan inovasi.


Pelbagai acara sampingan seperti cabutan bertuah, kuiz dan demostrasi diadakan sepanjang pameran itu. Peserta meninggalkan dewan pameran pada pukul 6.30 petang. Mereka kemudiannya menikmati makan malam di Hotel Plaza dan bertolak balik ke Kota Bharu pada jam 9.00 malam. Rombongan sampai di Kota Bharu pada jam 4.30 pagi .


KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMK CHIKU

Gua Musang – Sekolah Menengah Kebangsaan Chiku 2 dengan kerjasama Unit Latihan Profesional Briged Bakti Negeri Kelantan telah mengadakan Kem Kepimpinan Pelajar untuk pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Chiku 2 pada 18 hingga 21 Januari 2007. Program yang diadakan di Taman Etnobotani, Gua Musang ini telah dihadiri oleh 120 orang peserta yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas asrama dan pengawas koperasi. Program ini berjalan selama 4 hari dan melibatkan seramai 12 orang fasilitator yang diketuai oleh Tuan Haji Alias bin Ismail. Barisan fasilitator ini terdiri daripada ahli Skuad Ibu Pejabat (SIP).


Program ini bermatlamat untuk membentuk identiti pemimpin pelajar agar mempunyai semangat ingin berjaya, bertanggungjawab terhadap tugas dan berusaha ke arah kecemerlangan diri dan sekolah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membentuk pemimpin pelajar yang berjati diri, berpengalaman dan setia terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan .


Antara aktiviti yang dijalankan ialah Slot LDK, Kembara Fajar, Qiamulail, Refleksi Ukrawiah dan Kembara Stesen. Sebanyak 6 sesi Slot LDK telah dijalankan. Slot ini mampu melatih kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi dalam diri peserta.



Majlis penutup Kem Kepimpinan Pelajar Sekolah Menengah Chiku 2 disempurnakan Encik Afnin selaku Pegawai Pertanian FELDA. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para pelajar agar mengambil pengajaran daripada kesusahan dan pengorbanan peneroka FELDA dan sentiasa berusaha memajukan diri demi meningkatkan tarap hidup peneroka FELDA.

Sunday, April 15, 2007

Gotong Royong Di Pusat Latihan Komuniti Kampung Huda

KAMPUNG HUDA - Aktiviti gotong-royong di Pusat Latihan, Aktiviti Dan Komuniti Briged Bakti (PLAKBB) yang terletak di Kampung Huda merupakan aktiviti pertama untuk ahli SIP bagi seisi 2007. Aktiviti ini di laksanakan dalam tahun 2006 secara tergesa-gesa yang berfokus di aras bawah PLAKBB di Kampung Huda kerana ia adalah sebahagian langkah untuk memantapkan lagi perancangan yang di atur oleh kami bagi tahun 2007.

Aktiviti ini di ketuai oleh Muhammad Tajuddin dan di bantu oleh seorang pegawai SIP iaitu Haji Alias. Turut serta ialah 9 orang senior ahli SIP, dan 25 orang ahli SIP yang baru.

Di PLAKBB yang terletak di Kampung Huda, ahli-ahli SIP mula berkumpul pada jam 0900 pagi, waktu semenanjung Malaysia, 30 Disember 2006. Bagi ahli SIP yang sudah mengenali lokasi PLAKBB ini,mereka tiada masalah untuk datang dan berkumpul di sini, tetapi bagi ahli SIP yang belum mengenali, masalah akan timbul kerana mereka tidak tahu bagaimana arah jalan untuk sampai ke sini. Masalah ini telah dapat di atasi dengan ahli SIP yang belum mengenali PLAKBB di Kampung Huda berkumpul di Pasaraya membeli-belah BILAL. Kemudian, AJK bahagian logistik iaitu Mohd Assa’di Muzammil menjadi ’pemandu’ yang menunjukkan arah dari BILAL ke PLAKBB. Selain Mohd Assa’di Muzammil, Che Asmawi dan Muhammad Tajuddin turut membantu bagi menangani masalah ’sesat jalan’ ini.

Kedatangan ahli-ahli SIP ke aktiviti ini telah di catit oleh Syahirah Binti Abd Manan yang bertindak sebagai setiausaha SIP bagi seisi 2007. Selain bertugas mencatit kedatangan ahli SIP, dia juga bertugas mencatit ahli SIP yang membawa tin yang boleh di kitar semula. Kami yang hadir ke aktiviti ini telah di minta membawa tin yang boleh di kitar semula iaitu langkah untuk mendapatkan ’Dana’ bagi tahun 2007.

Setelah selesai pemeriksaan kedatangan semua ahli SIP yang di minta hadir di urus oleh setiausaha, kami di arahkan berkumpul oleh pengerusi SIP bagi seisi 2007. Tempat berkumpul ialah ruang solat di bahagian bawah dalam PLAKBB untuk taklimat pembahagian tugas oleh pengerusi SIP. Pengerusi mengarahkan semua ahli SIP yang lelaki mengemas, menyusun, dan membersihkan bahagian stor, manakala perempuan di arahkan mengemas bahagian dapur, ruang solat, ruang mesyuarat,dan ruang duduk VIP.

Aktiviti ini di mantapkan lagi dengan kehadiran Haji Alias atau lebih di kenali ’Ayah Aji’. Beliau mengarahkan semua ahli SIP mengasing bahan-bahan dan alatan-alatan yang berada di aras bawah dalam PLAKBB itu kepada beberapa bahagian seperti bahagian perkhemahan, pengurusan jenazah, pertolongan cemas, pejabat, dan lain-lain. Beberapa ahli SIP di arahkan untuk membersih dan membakar sampah di bahagian luar Taski .

Ketika aktiviti ini di jalankan, 5 orang daripada ahli SIP di arahkan untuk menguruskan makanan dan minuman. Jamil iaitu senior ahli SIP di tugaskan oleh Ayah Aji untuk membeli bahan masakan seperti beras,bawang,minyak masak dan lain-lain.

Kira-kira pukul 0200 petang, ahli SIP menjamu selera di ruang makan bersama Ayah Aji. Selepas menjamu selera, beberapa orang daripada ahli SIP di tugaskan membersihkan bahagian dapur. Selepas itu, ada mesyuarat yang di pengerusikan oleh saudara Bukhari. Antara agendanya ialah membincangkan hal program Derma Darah.

Kira-kira pukul 0400 petang, semua ahli SIP bertolak pulang dari kawasan PLAKBB di Kampung Huda.

RASULULLAH SAW DALAM INGATAN

Maha Suci Allah yang memberikan kita hidayah penerang kegelapan, mengaruniakan nikmat Iman dan Islam kepada kita yang merupakan sebaik-baik nikmat. Maha Suci Allah mengutus Muhammad Bin Abdullah sebagai imam para nabi, pahlawan yang perkasa, penguasa yang adil, guru yang lemah lembut, pelindung yang penyayang, qudwah hasanah untuk manusia. Maha Suci Allah yang masih memberikan kita nafas di hari penuh bermakna ini untuk kembali menghayati, membersih diri, mengenang kembali, mengatur strategi, agar berjaya menjadi umat Rasulullah SAW yang diminumkan air dari tangannya yang mulia, diberi syafaat tatkala timbangan kita dikira.

Maha Suci Allah swt yang berfirman 'Wa rafa'na laka zikrak' yang bermaksud 'Dan Kamilah yang meninggikan peringatan Mu (Rasulullah SAW)' –Surah An-Nasyrah

Walahpun telah hampir 1417 tahun Baginda Rasulullah SAW telah meninggalkan kita, namun beliau masih dikenang dan akan terus dikenang sampai bila-bila. Kita sebagai umat Islam tidak dapat melupakan Baginda Rasulullah SAW yang telah menyelamatkan kita dari gelap jahiliyyah walaupun sesaat. Bagaimana bisa kita lupakan Baginda SAW sedangkan setiap solat kita berselawat keatasnya. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang begitu cintakan umat sehingga ke hujung hayat Baginda. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW sedangkan Beliaulah yang telah berkorban jiwa dan raga demi menyelamatkan umatnya. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang telah mengajarkan kita ma'iyyatullah tatkala berkata kepada Abu Bakar As-Syiddiq 'La tahzan innallaha ma'ana' 'Janganlah engkau takut sesungguhnya Allah SWT bersama-sama kita' yang sedang ketakutan di Gua Tsur dalam perjalanan ke Madinah. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang telah mengajarkan erti sabar tatkala Beliau mengikatkan perutNya dengan dua ketul batu untuk menahan lapar di peperangan khandak. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang mengajarkan erti kebersamaan tatkala mengajak semua Muslimin ikut bersama Rasulullah SWT menikmati seekor kambing yang dengan mukjizatNya tak kunjung habis walau dijamah seluruh muslimin ketika itu. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW sedangkan Bagindalah yang mengajarkan erti qona'ah tatkala Umar Al-Khattab RA menangis melihat bekas dibadan Baginda SAW akibat tidur tanpa alas sedang kaisar Roma dan Parsi ketika itu hidup dalam kemewahan lalu Baginda SAW menjawab "Apakah engkau meraguiku, mereka adalah golongan yang didahulukan nikmat di dunia. Sungguh dunia bagiku adalah seperti pengembara yang berteduh dibawah sebatang pohon". Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang mengajarkan kita budi pekerti tatkala Baginda SAW menziarahi wanita yahudi yang sakit padahal wanita itu melempari Baginda dengan kotoran setiap kali Baginda ke Masjid. Bagaimana Mungkin kita lupakan Baginda SAW yang telah mengajarkan kita bagaimana berlaku adil tatkala berkata "Dimana aku esok? Dimana aku esok?" ketika Baginda sakit dirumah Maimunah Radiallahu 'Anha agar isteri-isteri Baginda memperingatkan Baginda untuk tetap berlaku adil dan berada di rumah isteri yang sepatutnya walaupun baginda sedang sakit. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW sedangkan Bagindalah yang telah mengajarkan kita tawaddu' dan ringan tulang tatkala beberapa sahabat membahagi-bahagikan tugas untuk menyiapkan makanan dan setelah semua mendapat tugas Baginda berkata "dan aku akan mencari kayu api." Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda yang telah mengajarkan erti disiplin tatkala berkata "Istaqim ya sawad!" "Berdirilah dengan lurus dalam barisan wahai sawad !". Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang telah mengajarkan kita setiap hal dan sisi dalam kehidupan manusia.

Baginda SAW pernah berkata aku ingin sekali (Baginda menggunakan perkataan wadadtu yang merupakan keinginan yang lahir akibat cinta yang mendalam) untuk bertemu dengan saudara-saudaraku lalu para sahabat berkata tidakkah kami tergolong dalam saudara-saudaramu, baginda berkata kalian adalah sahabat-sahabatku namun yang aku maksud adalah mereka yang beriman pada masa akan datang setelah kewujudanku tiada lagi. Begitu besar cinta baginda SAW terhadap kita, namun apakah Baginda bertepuk sebelah tangan. Bagaimanakah kita yang mengaku umattnya, apakah kita mencintai Baginda SAW lebih dari segala-galanya seperti yang Baginda SAW ajarkan. Bukankah manusia ketika mencintai seseorang selalu ingin dan berusaha untuk bertemu dengan kekasih mereka, apakah kita ingin dan berusaha untuk bertemu kekasih kita yang agung?

Marilah kita Tanya kepada diri kita sejauh mana cinta kita terhadap Baginda SAW. Seberapa hebatkah usaha kita untuk mengikuti sunnahnya tanda kasih sayang kita terhadap Baginda SAW. Sekuat manakah pengorbanan kita meninggalkan dosa demi meraih cinta Baginda SAW.

Ya Allah karuniakanlah kepada kami Cinta kepada Rasulullah SAW sepertimana cinta yang telah engkau karuniakan kepada Abu Bakar Assyiddiq, Umar Al-Khattab, Ustman Bin Affan, Ali Karramallahu Wajhah dan seluruh sahabat baginda SAW.