Monday, October 29, 2007
MAJLIS HARI RAYA BBNK
kerjasama Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) telah menganjurkan
majlis hari raya bersama pelajar Islam.bertempat di Sek Rendah Islam Abim Al-Hikmah,Tanjong Mas,Pengkalan Chepa,Kelantan.
Majlis ini dihadiri seramai 250 orang yang terdiri dalam kalangan Skuad Ibu Pejabat BBNK (SIP) dan ahli PPIK.Majlis ini turut dihadiri oleh timbalan pengerusi BBNK iaitu Tuan Che Yob,ahli majlis tertinggi BBNK Tuan Saffini,tuan kamarulazman,Tuan Hj. Alias,Tuan Yusri,Tuan Syafiq dan Tuan Amru.
Manakala ahli majlis tertinggi PPIK ialah Cikgu kamarulzaman iaitu YDP PPIK,Saudara Faizul Afzan dan saudari Nor Azmiza yang juga exco PPIK.
Majlis ini bermula pada pukul 10pagi yang di pengerusikan oleh Saudara Syahiran dan diteruskan dengan ucapan pengenalan PPIK dari Saudara Faizul Afan,seterusnya ucapan dari Timbalan Pengerusi BBNK Tuan Che Yob dan Dirasmikan oleh Ust. Faisal Abdullah iaitu YDP. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Majlis ini juga turut diisi dengan pengisian daripada Ust Faisal yang membincangkan tentang masalah dan halatuju Palajar Islam masa kini.
Tetamu turut di jamu dengan pelbagai juadah hari raya dan sate yang buat sendiri oleh SIP dan majlis tamat pada pukul1.00 tengahari.
Sunday, October 14, 2007
Di Jemput Berbuka Bersama Kerajaan Negeri
Program yang diberi nama " Majlis Berbuka Puasa Kerajaan Negeri bersama Ngo Negeri Kelantan"itu diadakan di Hotel Araudhah,Dataran Ilmu,Kota Bharu yang di hadiri oleh pelbagai Ngo-ngo yang ada di Kelantan antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM),Majlis Belia Kelantan,Jemaah Islah Malaysia(JIM) dan lain-lain lagi.
Selepas itu,majlis ini diteruskan dengan ceramah oleh Ustaz Ahmad Fadhli bin. Shaari iaitu Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra,Nilam Puri (KIAS) yang bertajuk "Peranan Pimpinan NGO Dalam Menghayati Semangat Ramadhan.
Antara wakil BBNK yang menghadiri majlis tersebut ialah, Encik Che Yob(Timb. Pengerusi BBNK) Encik Kamarul Azman,(S/U Agong BBNK)Encik Aziz (Ketua Unit Kemahiran Profesional),Encik Ilyas(Ketua Unit Latihan Asas), Saudara Faizul Afzan (S/U Unit Kemahiran Profesional) Saudara Faizal (Pegawai QM BBNK),SaudaraMohd Syahiran( Editor Unit Media Bakti,BBNK)
Tuesday, October 2, 2007
PROGRAM IHYA' RAMADHAN & BERBUKA PUASA
Program ini dihadiri seramai 212 peserta daripada 11 buah sekolah di seluruh Kelantan.
Sekolah-sekolah yang menghadiri Program Ihya’ Ramadhan BBNK ini ialah, SMK(A)Wataniah, SMK(A)Falahiyah, Maahad Pengajian Islam,SMK(A)Tok Bachok,SMK Kulala Krai,…
Program bermula pada pukul 3.00petang dengan ketibaan peserta dan sesi pendaftaran dan seterusnya solat Asar berjemaah serta majlis tadarus Al-Quran yang di kendalikan oleh Ust. Zawawi yang juga merupakan tenaga pengajar di sekolah SMK(A)Wataniah.
Program Ihya’Ramadhan dan Berbuka Puasa anjuran Briged Bakti Negeri Kelantan (BBNK) ini telah dihadiri oleh wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan(JPN) wakil dari Ibu Pejabat Polis daerah Machang,Pengetua SMK(A)Wataniah dan telah dirasmikan oleh En. Rok Man Bin Mohammad iaitu Penolong Pegawai Pendidikan Daerah dan Pengurusan Kemanusiaan.
Program ini diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan Solat Isya’ serta Solat Terawih berjemaah,Program ini berakhir pada pukul 10.00malam.
Tuesday, July 10, 2007
INFO TERKINI
SILA HUBUNGI SEBAGAIMANA YANG TERTERA DIBAWAH :-
PERTUBUHAN BRIGED BAKTI NEGERI KELANTAN,
2864-A, WISMA AL-HIKMAH,TANJONG MAS,
JALAN PENGKALAN CHEPA,
15400 KOTA BHARU,
KELANTAN DARUL NAIM.
TEL PEJABAT : 09-7743909
E-MAIL : mediabakti@mail.com
WEBSITE : www.brigedbakti.blogspot.com
Wednesday, May 2, 2007
Senarai Nama SIP ke IPT
1 . MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD - KUIS
2 . MOHD RAHAIZAD BIN AHMAD - KUIS
3 . MUHAMMAD FIKREE BIN ROSLI - UITM
4 . NIK MUHAMMAD HAZWAN BIN NIK AZIS - METRIK,PERLIS
5 . MUHAMMAD ARIFAZAM BIN MAT YUNOH - METRIK,PAHANG
6 . MOHD HAFIZ BIN ABD. JAMIL - METRIK,PULAU PINANG
7 . MOHD BASYIR B. RAMLI - UUM
8 . IZZAT AIMAN BIN ZAKARIA - POLITEKNIK,DUNGUN
9 . NOOR HIDAYU BT CHE HASMI - METRIK,KEDAH
10. NURUL SHAHIDA BT JAAFAR - METRIK,NEGERI SEMBILAN
11. SALWANI BT MOHAMAD NOR - METRIK,KEDAH
12. ARIESSA BT MOHD NOR - UITM
13. NUR HAFIZA BT MOKHTAR - KIAS,KELANTAN
14. NOR HAIZA BT ZAKARIA - KIAS,KELANTAN
15. SITI NOR SYAWAL BT ABDULLAH - UIAM
16. WAN ZAINAB - USIM
17. SITI NUR HIDAYU BT KAMALSAMSUDIN - POLITEKNIK,PERAK
18. NOR HASYATI BT MOHD NAWI - UNIKL
SIP KE TIMUR TENGAH :
1. MOHD JAMIL - AL-AZHAR UNIVERSITY OF EGYPT
2. MARDHATI NAJWA - ISKANDARIAH UNIVERSITY OF EGYPT
Senarai Nama SIP ke IPT
1. MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD KUIS
2. MOHD RAHAIZAD BIN AHMAD KUIS
3.
Tuesday, May 1, 2007
Sunday, April 29, 2007
MAKSUD LAMBANG PERTUBUHAN BRIED BAKTI
TERAS BRIGED BAKTI iaitu:
1. Kepatuhan
2. Kesetiaan
3. Persaudaraan
4. Kebaktian
5. Keihklasan
2. LINGKARAN BUNGA TANJUNG (warna kuning):
1. Pengorbanan
2. Kemanfaatan
3. Ketrampilan
3. BUNGA TANJUNG(kuning) : Sedia membantu dan memberi khidmat bakti.
4. BULAN SABIT(merah) :
1. Keperihatinan
2. Pertolongan Cemas
5. BINTANG 14 BUCU( merah) :
1. Kesejagatan
2. 14 buah negeri di Malaysia
6. TANGAN BERJABAT ERAT(kuning) :
1. Persahabatan
2. Perpaduan
3. Kerjasama
7 KETERAGAN WARNA
HIJAU : Warna teras Briged Bakti
KESABARAN DAN KETENANGAN
MERAH : KEBERANIAN DAN KETANGKASAN
KUNING : KEWIBAWAAN, KECEMERLANGAN DAN
PROAKTIF
HITAM : SENTIASA BERSIAP SEDIA,BERDISIPLIN
DAN KOMITED
Ketua SIP 2007
ALAMAT : LOT 354 KAMPUNG PULAU BELANGA
16150 KOTA BHARU,KELANTAN.
TARIKH LAHIR : 20 JUN 1989
SEKOLAH : SMK(A) FALAHIAH
CITA-CITA : GURU
MOTTO : HIDUP BIAR BERJASA
AHLI BRIGED BAKTI : TAHUN 2002 (SIP 2007)
JAWATAN DALAM SEKOLAH : TIMBALAN PENGERUSI BRIGED BAKTI
HARAPAN : HARAPAN AGAR BRIGED BAKTI AKAN
BERKEMBANG PADA MASA HADAPAN
KE SELURUH MALAYSIA DAN MENJADI
BADAN NGO YANG DISEGANI DAN DIGERUNI.
PERKHEMAHAN PERDANA BRIGED BAKTI KE-13
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan Kawat kaki,kawat usungan(pertolongan Cemas),memasak ala kampung,membuat kek medan,fesyen pakaian pengantin,nasyid,Dekon, amalan kebersihan tapak perkhemahan,ceramah, apresiasi seni budaya, sukaneka, munajat perdana dan Kembara berhalangan.
Aktiviti-aktiviti ini kebanyakan nya dikendalikan oleh urustia daripada Skuad Ibu Pejabat BBNK(SIP) dan guru-guru yang bertugas. Perkhemahan ini diharap dapat membina semangat berkumpulan ,keyakinan diri, ketahanan dari segi aspek fizikal dan mental,kreativiti,kepimpinan dan pengetahuan dalam pesatuan. Majlis penutupan Perkhemahan Perdana Pasukan Kadet Briged Bakti ke-13 di sempurnakan oleh Ybrs. Ust Sabri dari Bahagian Kokurikulum dan Kurikulum Yayasan Islam Kelantan. majlis itu juga turut dihadiri oleh wakil dari JPN
Pemeriksaan pembarisan
Pertandingan Nasyid
Pertandingan Simulasi medan
Sukaneka
Senaman
Pelajar SRI Malaysia
KEPUTUSAN RASMI ACARA PERTANDINGAN PERKHEMAHAN PERDANA-13
1. KAWAT KAKI(LELAKI):
PERTAMA : MAAHAD MUHAMMADI LELAKI
KEDUA : SMK(A)FALAHIAH
KATIGA : SMK(A)TOK BACHOK(TANGOK)
2. KAWAT KAKI (PEREMPUAN):
PERTAMA : SMK(A)NAIM LILBANAT
KEDUA : SMK ZAINAB 1
KATIGA : MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN
3. PERTOLONGAN CEMAS (LELAKI):
PERTAMA : SMK PUTERI SAADONG
KEDUA : MAAHAD MUHAMMADI LELAKI
KETIGA : SMK DATO' BIJI WANGSA
4. PERTOLONGAN CEMAS (LELAKI):
PERTAMA : SMK(A)NAIM LILBANAT
KEDUA : MAAHAD MUHAMMADI(P)PASIR PEKAN
KETIGA : SMK PUTERI SAADONG
5. KHEMAH TERBAIK (LELAKI):
PERTAMA : SMK(A)WATANIAH
KEDUA : MAAHAD DARUL ANUAR,PULAU MELAKA
KETIGA : MAAHAD MUHAMMADI LELAKI
6. KHEMAH TERBAIK (PEREMPUAN):
PERTAMA : MAAHAD MUHAMMADI (P) PASIR PEKAN
KEDUA : SMK SULTAN YAHYA PETRA
KETIGA : SMK ZAINAB 1
7. KOMANDAN TERBAIK
- MOHD ASRUL HAFIZI BIN MOHD RUSDI
(SMK(A)TOK BACHOK(TANGOK))
8. KOMANDAN TERBAIK
- NUR AYUNI AZMIN
(SMK(A)NAIM LILBANAT)
9. PASUKAN BERPOTENSI : MAAHAD DARUL ANUAR,PULAU MELAKA
10. JUARA KESELURUHAN : YAYASAN ISLAM KELANTAN(YIK).
Monday, April 16, 2007
EKSPEDISI KE PUNCAK GUNUNG STONG
Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Gua Bogo untuk mengisi bekalan minuman dan mengambil gambar. Kemudian, kami meneruskan kembali perjalanan hinggalah menemui mata air terakhir. Sampailah ke Batu Besar Sang Kelembar yang mana merupakan persinggahan terakhir untuk sampai ke puncak.
Kami tiba di puncak pada pukul 2.00 petang dan kami bergambar selepas makan tengah hari. Kami bertolak turun dan sampai di Kem Baha dan kami bermalam sekali lagi di situ. Pada keesokan harinya, kami bertolak turun ke kaki gunung pada pukul 10.00 pagi dan sampai di kaki gunung pada pukul 12.30 tengah hari.
Selepas makan tengah hari, kami bertolak pulang dari stesen Dabong pada pukul 2.00 petang dan sampai di stesen Wakaf Bharu pada pukul 5.30 petang.
KHIDMAS DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI.
Program ini berjalan selama 4 hari 3 malam dan bertolak dari Pusat Latihan Orang Asli (PLOA) Kok Lanas, pada pukul 10.30 malam. Perjalanan yang cukup mencabar dan penuh liku terpaksa ditempuh dan diredah ini memakan masa selama 5 jam sebelum sampai ke destinasi yang dituju.
Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara orang asli dengan orang tempatan, menyampaikan dakwah islamiyah dan menyemat nilai-nilai islamiyah kepada penduduk orang asli. Di sana penduduknya lebih kurang seramai 200 sehingga 300 orang di mana penduduknya terdiri daripada 3 agama iaitu agama islam, agama kristian dan agama sewan (agama nenek moyang).
Antara aktiviti yang dijalankan di sana ialah makan malam keraian, solat maghrib dan isyak berjemaah, ceramah agama, kelas fardu ain dan sesi menziarahi kampung. Aktiviti ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dan mendapat kerjasama yang baik dari penduduk di situ. Kebanyakan aktiviti ini dijalankan di balai raya ABIM.
Akhirnya, program ini berjaya mencapai matlamat asal walaupun terdapat cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuh. Kepulangan pihak IOA kali ini berjaya menarik dan membawa pulang 6 anak orang asli ke PLOA untuk menyambung kursus mempelajari agama islam dengan lebih mendalam. Kira-kira 10.00 pagi, program ini selesai dan bertolak pulang ke PLOA.
MEWAKILI ABIM LAWATAN KE PEMERAN TEKNOLOGI SAINS DI KLCC
Sebelum menghadiri pameran, para peserta dibawa ke Dewan Filharmonik Petronas untuk mendengar sedikit taklimat mengenai persembahan okestra yang diadakan di dewan tersebut. Pada jam 4.00 petang, para peserta dibawa ke Dewan Konvensyen Utama KLCC untuk mengunjungi Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam .
Pameran yang bertemakan Sains Islam Mendahului Zaman ini bertujuan untuk menyemai minat terhadap bidang sains dalam diri rakyat Malaysia. Pameran ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian astronomi, bahagian perubatan, bahagian geografi dan matematik dan bahagian teknologi dan inovasi.
Pelbagai acara sampingan seperti cabutan bertuah, kuiz dan demostrasi diadakan sepanjang pameran itu. Peserta meninggalkan dewan pameran pada pukul 6.30 petang. Mereka kemudiannya menikmati makan malam di Hotel Plaza dan bertolak balik ke Kota Bharu pada jam 9.00 malam. Rombongan sampai di Kota Bharu pada jam 4.30 pagi .