Sunday, October 14, 2007

Di Jemput Berbuka Bersama Kerajaan Negeri

Pada 3 Oktober 2007,Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan telah dijemput untuk menghadirisatu majlis berbuka puasa bersama Kerajaan negeri dibawah urusetia Pembangunan Wanita,Belia dan Sukan.

Program yang diberi nama " Majlis Berbuka Puasa Kerajaan Neger
i bersama Ngo Negeri Kelantan"itu diadakan di Hotel Araudhah,Dataran Ilmu,Kota Bharu yang di hadiri oleh pelbagai Ngo-ngo yang ada di Kelantan antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM),Majlis Belia Kelantan,Jemaah Islah Malaysia(JIM) dan lain-lain lagi.

Majlis itu dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita,Belia dan Sukan,dan di rasmikan oleh YB. Abdul Fattah B. Hj. Mahmood,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,Belia dan Sukan.

Selepas itu,majlis ini diteruskan dengan ceramah oleh Ustaz Ahmad Fadhli bin. Shaari iaitu
Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra,Nilam Puri (KIAS) yang bertajuk "Peranan Pimpinan NGO Dalam Menghayati Semangat Ramadhan.


"Majlis Berbuka Puasa Kerajaan Negeri bersama Ngo Negeri Kelantan diakhiri dengan berbuka puasa di sana.

Antara wakil BBNK yang menghadiri majlis tersebut ialah, Encik Che Yob(Timb. Pengerusi BBNK) Encik Kamarul Azm
an,(S/U Agong BBNK)Encik Aziz (Ketua Unit Kemahiran Profesional),Encik Ilyas(Ketua Unit Latihan Asas), Saudara Faizul Afzan (S/U Unit Kemahiran Profesional) Saudara Faizal (Pegawai QM BBNK),SaudaraMohd Syahiran( Editor Unit Media Bakti,BBNK)










No comments: