Tuesday, October 2, 2007

PROGRAM IHYA' RAMADHAN & BERBUKA PUASA

Pada hari Isnin 1 Oktober 2007 bersamaan 19 Ramadhan 1428 H, Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan Sekali lagi telah mengadakan Majlis Ihya’ Ramadhan Untuk Briged Bakti Remaja (Sekolah menengah) bertempat di SMK(A) Wataniah,Machang,Kelantan Darul Naim.

Program ini dihadiri seramai 212 peserta daripada 11 buah sekolah di seluruh Kelantan.
Sekolah-sekolah yang menghadiri Program Ihya’ Ramadh
an BBNK ini ialah, SMK(A)Wataniah, SMK(A)Falahiyah, Maahad Pengajian Islam,SMK(A)Tok Bachok,SMK Kulala Krai,…

Program bermula pada pukul 3.00petang dengan ketibaan peserta dan sesi pendaftaran dan seterusnya solat Asar berjemaah serta majlis tadarus Al-Quran yang di kendalikan oleh Ust. Zawawi yang juga merupakan tenaga pengajar di sekolah SMK(A)Wataniah.

Program Ihya’Ramadhan dan Berbuka Puasa anjuran Briged Bakti Negeri Kelantan (BBNK) ini telah dihadiri oleh wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan(JPN) wakil dari Ibu Pejabat Polis daerah Machang,Pengetua SMK(A)Wataniah dan telah dirasmikan oleh En. Rok Man Bin Mohammad iaitu Penolong Pegawai Pendidikan Daerah dan Pengurusan Kemanusiaan.

Program ini diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan Solat Isya’ serta Solat Terawih berjemaah,Program ini berakhir pada pukul 10.00malam.






No comments: