Monday, October 29, 2007

MAJLIS HARI RAYA BBNK

Pada 4 Syawal 1428 Hijrah, Pertubuhan Briged Bakti Neheri Kelantan(BBNK) dengan
kerjasama Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) telah menganjurkan
majlis hari raya bersama pelajar Islam.bertempat di Sek Rendah Islam Abim Al-Hikmah,Tanjong Mas,Pengkalan Chepa,Kelantan.

Majlis ini dihadiri seramai 250 orang yang terdiri dalam kalangan Skuad Ibu Pejabat BBNK (SIP) dan ahli PPIK.Majlis ini turut dihadiri oleh timbalan pengerusi BBNK iaitu Tuan Che Yob,ahli majlis tertinggi BBNK Tuan Saffini,tuan kamarulazman,Tuan Hj. Alias,Tuan Yusri,Tuan Syafiq dan Tuan Amru.

Manakala ahli majlis tertinggi PPIK ialah Cikgu kamarulzaman iaitu YDP PPIK,Saudara Faizul Afzan dan saudari Nor Azmiza yang juga exco PPIK.

Majlis ini bermula pada pukul 10pagi yang di pengerusikan oleh Saudara Syahiran dan diteruskan dengan ucapan pengenalan PPIK dari Saudara Faizul Afan,seterusnya ucapan dari Timbalan Pengerusi BBNK Tuan Che Yob dan Dirasmikan oleh Ust. Faisal Abdullah iaitu YDP. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Majlis ini juga turut diisi dengan pengisian daripada Ust Faisal yang membincangkan tentang masalah dan halatuju Palajar Islam masa kini.

Tetamu turut di jamu dengan pelbagai juadah hari raya dan sate yang buat sendiri oleh SIP dan majlis tamat pada pukul1.00 tengahari.

No comments: