Saturday, November 15, 2008
Tuesday, October 14, 2008
Sambutan Majlis Jamuan Hari Raya Edilfitri Sip/Ssr BBNK 2008
Sambutan Majlis Jamuan Hari Raya Edilfitri Sip/Ssr BBNK 2008 pada 3 oktober 2008 bertempat di Pantai Cahaya Bulan (PCB). Program ini dihadiri oleh 56 orang ahli Sip/Ssr yang baru dan lama.
Lihat seterusnya
“Tepis Salah Faham Terhadap Islam” - Billi P. S. Lim
| ||
Kempen anti keganasan global yang didalangi oleh Washington (Amerika Syarikat) sejak tahun 2001, telah meninggalkan kesan psikologi yang kurang nyaman di kalangan masyarakat dunia. Terutamanya di kalangan masyarakat bukan Islam, terbentuk pelbagai persepsi dalam pemikiran mereka apabila agama Islam dibincangkan. Tragedi 911 merupakan kemuncak daripada sekian banyak isu yang dikaitkan dengan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ini. Paling menyedihkan, ada pihak yang cuba menulis dan mengulas tentang Islam tanpa dilandasi oleh kefahaman yang sebenar. akibatnya, secara tidak sengaja, telah memburuk- burukkan lagi nama Islam. Bagi pakar motivasi terkenal tempatan, Billi P. S. Lim, beliau kurang senang dengan pelbagai bentuk pelabelan negatif yang digunakan oleh media-media utama antarabangsa terhadap Islam. Menurut beliau, pemberitaan tersebut turut menimbulkan persepsi negatif orang bukan Islam terhadap Muslim di Malaysia. “Sebagai seorang bukan Islam, ada ketikanya terkesan dengan kempen negatif yang cuba dicetuskan terhadap Islam. Setahu saya istilah Islam itu sendiri bermaksud keamanan dan kedamaian. Seiring dengan ajarannya yang menganjurkan kebaikan, sepatutnya orang bukan Islam tidak perlu takut dengan Islam. “Sebaliknya apa yang berlaku sekarang, istilah “Islam” atau “Muslim” dikaitkan dengan keganasan dan kekejaman penganutnya yang dikatakan suka berperang atas nama agama atau jihad. Malang sekali “kedamaian” yang dibawa oleh Islam telah ditutupi oleh kempen tersebut,” jelasnya yang kesal dengan sikap sebahagian pengamal media antarabangsa yang sering memainkan isu “islamic terrorist” secara sewenangwenang. Billi yang merupakan penulis bagi buku terlaris, “Berani Gagal” atau “Dare To Fail” menyatakan, kempen media seumpama ini lebih merupakan satu bentuk peneguhan (conditioning) secara psikologi. Lebih berbahaya apabila proses ini jelasnya berlaku secara tanpa sedar iaitu dengan memanipulasikan pemikiran bawah sedar (subconscious mind) orang atau kelompok manusia yang disasarkan. Akibat Gambaran Salah Pemegang ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan dari Universiti Malaya ini juga menyatakan Islam ada kalanya disalah ertikan disebabkan perilaku Muslim sendiri yang tidak mencerminkan akhlak sebenar sebagai seorang Islam. Misalnya masalah-masalah seperti penagihan dadah, bohsia, pembuangan bayi, mat rempit, penyelewengan, sumbang mahram dan bermacam-macam lagi yang melibatkan ramai orang Islam. “Pada fikiran saya masalah - masalah ini berlaku mungkin disebabkan fahaman agama yang kurang. Ini kerana menurut ajaran Islam, pada pemahaman saya, mengajarkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan menjauhkan diri dari perkara buruk. Namun saya tidak nafi kan penganut agama lain juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan,” ujarnya yang mengibaratkan, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Ini kerana orang Melayu yang merupakan penganut Islam, secara umum menerima tempias dari prasangka itu. |
Monday, October 13, 2008
Menjelajahi sumbangan belia mengisi kemerdekaan
|
Monday, 12 November 2007 | |
Oleh SALMAH ZAINAL ABIDIN Dalam lipatan sejarah kemerdekaan negara ini, dapat dilihat peranan belia sebagai pemangkin perubahan dan pencetus kesedaran di kalangan rakyat negara ini. Mereka yang berjuang ke arah kemerdekaan rata-ratanya berada pada usia muda pada ketika itu. Namun mereka telah membuktikan kemampuan memimpin rakyat negara ini keluar daripada belenggu penjajahan. Memang tidak dinafikan sumbangan ulama, ahli politik berhaluan kanan dan kiri, guru dan ramai lagi dalam perjuangan ke arah kemerdekaan, namun sumbangan belia juga tidak boleh dipandang ringan. Hal ini kerana, belia melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan dan gerakan, di maktab perguruan, Universiti Malaya di Singapura dan dalam pelbagai jabatan kerajaan. Inilah inti pati buku Jelajah Belia yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini. Buku yang diterbitkan dalam bentuk bergambar ini dilihat sebagai simbolik kepada semangat cintakan bangsa dan negara di kalangan belia sempena sambutan kemerdekaan ke-50. Buku setebal 151 halaman yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) itu akan diedarkan kepada semua pemimpin persatuan belia seluruh negara. Azalina berkata, sejumlah 11.1 juta belia seluruh negara perlu menjadikan buku itu sebagai rujukan bagi memahami erti sebenar kemerdekaan dan perjuangan pemimpin terdahulu yang bekerja dengan ikhlas, tekun dan berhikmah. Salah satu sumbangan besar belia semasa menuntut kemerdekaan adalah memastikan nasib dan kepentingan orang Melayu terus dipertahankan. Perjuangan belia menuntut ketuanan Melayu amat jelas daripada beberapa babak yang dapat disingkap dan dipaparkan dalam buku ini. Salah satu usaha penting dalam menggerakkan usaha ke arah kemerdekaan dilakukan oleh Persatuan Melayu Great Britain yang mendesak British menghapuskan Malayan Union. Antara pelajar dan belia Melayu yang memainkan peranan dalam perkara ini ialah Tun Ismail Mohd. Ali, Tun Mohamed Suffian Hashim dan Tunku Abdul Rahman. Pada halaman 20 buku ini ditampilkan surat Tunku Abdul Rahman selaku Presiden Persatuan Melayu Great Britain kepada Setiausaha bagi Tanah Jajahan bertarikh 15 Januari 1947 yang menggesa dipercepatkan proses kemerdekaan. Melalui memorandum bertarikh 6 Ogos 1956 sekumpulan pegawai muda Melayu (Malay Forum) mengemukakan memorandum mengenai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Memorandum yang ditandatangani 24 anggota Malay Forum itu ditujukan kepada Pengerusi, Pesuruhjaya Perlembagaan. Antara mereka yang menandatangani surat dan memorandum ini ialah Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Raja Tun Mohar Badiozaman, Tun Hamdan Tahir, Tan Sri Abdullah Ayub, Tan Sri Dol Ramli, Tan Sri Yaacob Abdul Latif, Tun Syed Nasir Ismail, Abdul Jamil Rais dan Sujak Rahiman. Meskipun sedang berkhidmat dalam pelbagai jabatan di bawah pentadbiran British ketika itu, mereka tidak gentar akan sebarang kemungkinan yang bakal dihadapi dengan menandatangani memorandum berupa desakan tersebut. Menuntut Pada 15 Ogos 1956, Kongres Pelajar Melayu Malaya mengemukakan memorandum menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Aminuddin Baki telah menandatangani memorandum ini bagi pihak Kongres Pelajar Melayu Malaya. Belia juga telah dari awal bergerak ke arah mengisi kemerdekaan. Setelah meruntuhkan Malayan Union, nasib orang Melayu mesti terus dibela. Pelajar Melayu bermuafakat menubuhkan Gabungan Penuntut-penuntut Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948 untuk membela nasib orang Melayu dalam bidang pendidikan, ekonomi dan politik. Atas inisiatif Aminuddin Baki dan Abdullah Ayub, GPMS mengemukakan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi British menuntut penubuhan sebuah suruhanjaya pelajaran Melayu bagi menangani masalah pelajaran di kalangan orang Melayu. Pelajar-pelajar Melayu juga turut prihatin dengan sebarang dasar yang menyentuh kepentingan masa depan orang Melayu. Pada 16 Mei 1950, belia Melayu di Universiti Malaya, Singapura telah mengemukakan memorandum membantah cadangan Communities Liaison Committee mengenai hak kewarganegaraan. Mereka menuntut kerajaan berhati-hati dalam melaksanakan dasar kewarganegaraan demi keselamatan orang Melayu. Buku ini juga menekankan kepentingan ilmu bagi menjadikan sesuatu bangsa itu kuat. Kekuatan ilmu yang ada pada para pemimpin muda yang awal ditampilkan. Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditampilkan dengan citra pemuda yang cemerlang dalam pelajaran sewaktu zaman muda mereka. Mereka bukan saja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga dalam kegiatan olahraga dan berpersatuan. Buku ini turut merakamkan kesemua menteri yang pernah memberikan sumbangan bakti mereka menerajui Kementerian Belia dan Sukan. Ini tentulah sesuatu maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda hari ini dalam mengenali pemimpin belia terdahulu. Demikian sebahagian daripada pelbagai sumbangan belia sepanjang lima dekad mengisi kemerdekaan negara yang dipaparkan dalam buku ini. Dengan isinya yang mantap, buku ini baik menjadi teman bagi setiap belia yang ingin menghayati sumbangan pemimpin belia zaman terdahulu. Patah tumbuh hilang berganti, belia hari ini bakal menjadi pemimpin di hari muka. Negara memerlukan lebih ramai belia sebagai pemimpin pelapis untuk menongkah arus perubahan dan cabaran yang bakal mendatang. Justeru, generasi muda harus mengenali dan menghayati setiap jerih payah yang telah dilalui oleh pemimpin belia terdahulu. Kini mereka cuma perlu meneruskan perjuangan yang belum selesai. Jalan terbentang di hari muka mestilah dilalui dengan penuh bersemangat dan iltizam agar nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama ini akan berkekalan. |
Saturday, May 3, 2008
Post-motem PBBNK 14/2008
Program ini diadakan selepas waktu Zohor lanjutan daripada Program Derma Darah yang telah diadakan pada sebelah paginya bertempat di Hospitan Sultanah Zainab Kota Bharu.
Mesyuarat Post-Moterm ini dihadiri oleh SIP-SSR yang menjadi urusetia pada Perkhemahan Perdana yang lalu dan juga Senior SIP yang beru bercuti sempena semester.
Ia dimulai dengan bacaan pembuka majlis oleh saudara Alami dan sesi laporan oleh setiap ahli jawatankuasa program. Seterusnya sesi perbahasan penambahbaik perjalanan tugas untuk perkhemahan tahun depan.
Selepas ini sesi pergulungan yang dimulakan oleh Saudara Faizul Afzan(Abg. Afzan) yang menekankan bahawa persefahaman dan kerjasama amat penting didalam bekerja berkumpulan ini dan seterusnya oleh setiap ahlijawatankuasa.
Untuk penutupan, ucapan oleh Tuan Amru (Abg Amru) sebagai penyelaras SSR dan juga Setiausaha ABIM Kelantan dengan memberi nasihat serta semangat kepada SIP-SSR untuk menempuhi kehidupan diluar yang penuh dengan cabaran.
Mesyuarat ini diahkiri dengan tayangan slidedan video yang disediakan oleh pihak Media Bakti dan berakhir pada pukul 6.00petang.
Program Derma Darah SIP-SSR
Peserta berkumpul di Pusat Komuniti Kampung Huda dan bertolak pada pukul 10pagi dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak Hospital dan rombongan ini diketuai oleh saudara Arif Azam (Pekan).
Program ini mendapat sambuatan oleh seramai 37 orang SIP-SSR .Walaupun hanya 15 orang sahaja yang boleh menderma tetapi dengan semangat sudah cukup untuk membuktikan sifat sukarelawan para peserta.
Program ini turut dihadiri oleh Tuan Che Yob selaku timbalan pengerusi PBBNK dan Dr. Rosdi yang juga penasihat PBBNK.
Selain daripada proses menderma darah, peserta juga di ajar cara-cara Pengurusan Orang Sakit Dirumah (POSDIR) oleh kakitangan hospital dan program ini tamat pada tengah hari.
Tujuan program ini diadaakan adalah untuk memberi pengalaman baru kepada adik SSR serta memupuk sikap membuat kebajikan disamping menyahut seruan kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan.
*Klick pada imej untuk yang lebih jelas
Tuesday, April 29, 2008
Siswi Muslim : Menghayun Buaian , Menggoncang Dunia
Budaya 7 Siswi Briged Bakti
Bila disebut siswi @ gadis, tentu ada bayangan lemah dalam minda kita. Maka ramailah dikalangan siswi-siswi terkapai-kapai mencari identiti. Ada sebahagian dari siswi yang jahil terleka sehingga terjerumus ke lembah hina. Namun hakikatnya, tidak dapat tidak untuk kita nafikan bahawa sebenarnya kehadiran mereka sebenranya memberi kesan di setiap situasi lebih-lebih lagi bila mereka tahu peranan dan sumbangan yang boleh diberikan. Mengisi slot yang bertemakan Siswi Muslim : Menghayun Buaian, Menggoncang Dunia ! , saya cuba menghuraikan 7 budaya yang perlu ada dalam diri siswi muslim yang melibatkan idealisme, tertib, citra diri, dan wawasan sebagaimana berikut :
SISWI Bertaqwa
SISWI Berilmu
SISWI Berakhlak
SISWI Berketrampilan
SISWI Berjuang
SISWI Berkeyakinan
SISWI Beristiqamah
7 TERTIB SISWI
Bersungguh dalam semua tugasan
Amanah dalam pengurusan
Disiplin dalam kerja
Sistematik dalam persatuan
Setiakawan dalam kumpulan
Kasih sayang dalam berbakti
Siap sedia dalam menghadapi cabaran
7 CITRA DIRI SISWI
BERSEMANGAT
BERSUNGGUH
CEKAL
MENJAGA MARUAH & ADAB
TRAMPIL
AKTIF
TEKUN
7 WAWASAN SISWI
DIRI SOLEHAH
KELUARGA BAHAGIA
RAKAN SEBAYA MURNI
MASYARAKAT HARMONIS
ORGANISASI CEMERLANG
NEGARA SEJAHTERA
UMAT CONTOH
Inilah budaya yang perlu digagaskan oleh Siswi hari ini untuk mendepani cabaran!! Siswi yang berjaya perlu ada gagasan budaya dan wawasan yang jelas. Wawasan Dunia dan gagasan selepas mati perlu sentiasa diterokai dan diimbangi. Bagi saya , seorang siswi muslim wajib kenal dirinya dan memahami realiti suasana masyarakatnya. Barulah wawasan yang dijana bersifat realistik dan praktikal.
Saya ingin mengambil contoh dari budaya yang cuba saya gagaskan iaitu Citra Diri. Kenapa Citra diri itu penting bagi seorang gadis atau siswi? Bagi saya , siswi muslim yang berwawasan seharusnya mempunyai peribadi dan citra diri yang baik sebagaimana terangkum dalam 7 Citra diri siswi di atas. kenapa? Kerana Citra diri siswi itu akhirnya menjadi benteng dan didikan untuk menjadikan diri siswi itu :
- Terlatih dengan sifat malu untuk melakukan perkara yang tidak baik.
- Bersederhana dalam kehidupan.
- Menghargai diri sendiri.
- Ikhlas dalam perbuatan
- dan bijak bergaul.
Rasa bersalah bila tak memakai stokin di depan umum, rasa kecik kepala apabila telekung tersingkap ke atas, dan rasa berdosa bila terumpat kawan....apatah lagi membuat fitnah...
Menghayun Buaian, Menggoncang Dunia
Berikan aku seorang wanita yang sekadar menghayun buaian, insya Allah aku tak akan meletakkan mereka di ceruk-ceruk dapur, kerana tangan kananya yang menghayun buaian, tangan kirinya mampu menggoncangkan dunia
- Presiden Sukarno (Indonesia).
Inilah kata-kata hikmat yang saya lontarkan kepada siswi Briged Bakti semasa berceramah, saya tak menghuraikan lebih detail tentang apa maksud kata hikmah ini semasa di sesi ceramah itu. Namun dalam artikel ini saya nak pembaca cuba bayangkan realitinya, bagaimanakah sebenarnya ciri-ciri kekuatan wanita yang hanya menggunakan tangan kirinya untuk menggoncangkan dunia?? Bagi Si siswa, Sering menggambarkan bahawa si siswi ini selalu dikaitkan dengan "insan lemah" dan kurang upaya bila menyerlahkan daya juang. Bagi si siswi jangan jadikan alasan-alasan tradisional si siswa itu sebagai halangan untuk terus maju dan bermanfaat.
Ibarat kata hikmah Presiden Sukarno tadi, tidak pernahkah kita terfikir bahawa ketika tangan kiri si siswi lincah memetik komputer, menyelesaikan segala tugasan kemasyarakatan, dalam masa yang sama, tangan kanannya begitu sibuk memenuhi kehendak keluarga dan tanggungjawab.
Ketika tangan kanan berhempas pulas memutar skru dan menyambung komponen, tangan kiri masih berkesempatan membelai dan menggosok arnab-arnab dan merpati yang jinak dengan manja dan kasih-sayang.
Siswi Muslim Abad ke-21
Siswi muslim harus sedar bahawa tanggungjawab pada hari depan terlalu besar. Kalaupun siswi tidak menjadi pemimpin masyarakat, boleh jadi dia mungkin seorang ibu kepada seorang Presiden Negara, atau isteri seorang perdana menteri pada masa akan datang jika ditakdirkan itu tanggungjawabnya. Jadi siswi muslim mempunyai wawasan yang jelas untuk masa depannya, jadi dia telah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
Ada banyak lagi yang nak diperkatakan tentang jatidiri siswi muslim , siswi muslim yang cemerlang akan menjadi idaman lelaki beriman serta berpotensi besar untuk pengubahan minda dan konsep masyarakat terhadap sesuatu perkara. Personalitinya umpama memegang sebatang pena hikmat yang cukup berkuasa. Hujung pena itu bisa mencoret apa sahaja impian untuk direalitikan.
Yang pasti, dengan lahirnya siswi muslim berwawasan di abad ke 21 ini, maka inilah model remaja masa depan yang bakal menggoncang dunia serta menjadi tonggak kebangkitan semula Islam di akhir zaman.
Sunday, April 27, 2008
Remaja Islam ‘Dipenjara’ Budaya Kufur dan Jahiliah
Remaja Islam ‘Dipenjara’ Budaya Kufur dan Jahiliah |
|
Oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM |
Remaja Islam ' Dipenjara' Budaya Kufur dan Jahiliah
| |
| |
Oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM |
Saturday, April 26, 2008
Kem Kecemerlangan Dan Kepimpinan Sk Seribong
Sunday, March 23, 2008
Program Derma Darah SSR-BBNK
Peserta berkumpul di perkarangan Pejabat BBNK Tanjong Mas pada pukul 9.30pagi dan bertolak pada pukul 10pagi dengan menaiki van serbaguna ABIM yang dibawa oleh saudara Alami.
Setelah sampai, kami disambut oleh pihak hospital dan seterusnya kami mengisi borang penderma darah,dan proses mengambilan darah bermula. Progaram selesai pada pukul 1petang.
Program ini diadakan adalan untuk memupuk sikap tolong-menolong dan seterusnya berbakti kepada masyarakat yang lebih memerlukan.
Tuesday, February 26, 2008
Carta Organisasi Skuad Sukarelawan Remaja BBNK 2008
Pen.Penyelaras :En. Mohd. Amru B. Zulkifli
1.Pengerusi :Mohd Zakri B. Abd. Rahman
2.Tim. Pengerusi 1 :Asmazira Bt. Rozi
3.Tim. Pengerusi 2 :Wan Yusoff B. Wan Mohamad
4.Tim. Pengurusi 3 :Nur Ayuni Bt. Azmin
5.Setiausaha :Mohd Rifai’e Zuhdi B. Ahmad
6.Pen.Setiausaha 1 :Nur Fazirin Bt. Mohd Nasir
7.Pen.Setiausaha 2 :Muhd Syafiq Asmawi b. Rosli
8.Bendahari :Nur Hafiza Bt. Mokhtar
9.Pen. Bendahari :Mohd Kamil b. Abd. Rahim
Ahli-ahli :
10.Noorfatimah bt. Zakaria
11.Siti Nur Muzliana bt. Majid
12.Mohd Noor Alami b. Salleh
13.Zul Ahmad Mustaqim b. Zikeri
14.Abd. Qarim b. Mohamed
15.Mohd Hairie hafiz b. Awang
16. Ahmad Munawwar B. Ismail
17.Nurul Salikin bt. Suhaimi
18.Mazlina bt. Muhamad
19.Siti Nur Aishah bt. Mohd. Kamil
20. Mohd Riyadh B. Ahmad ( Unit Media Bakti )
LAPORAN KURSUS ANGGOTA PANGKAT RENDAH (APR) KUMPULAN 1
Pada 6 hingga 9 Febuari 2008, Pasukan Kadet Briged Bakti Negeri Kelantan telah mengadakan Kursus Anggota Pangkat Rendah (APR) kumpulan 1 yang bertempat di Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas. Objektif mengadakan kursus ini adalah untuk melahirkan bakal pemimpin yang berketerampilan dan berwibawa dalam pelbagai aspek.
Sesi pendaftaran bermula pada pukul 8.00 pagi. Kira-kira pukul 10.30 pagi, sedikit taklimat ringkas disampaikan kepada para peserta disusuli pula dengan kata-kata aluan tentang aktiviti sepanjang program yang disampaikan oleh ketua kem, Tuan Haji Alias bin Ismail, Ketua Unit Latihan Asas, Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan (BBNK). Diselitkan juga peringatan mengenai peraturan-peraturan sepanjang berkursus. Jumlah peserta yang mendaftarkan diri adalah seramai 92 orang yang terdiri daripada 39 lelaki dan 53 perempuan. Keseluruhan peserta merupakan wakil dari Yayasan Islam Kelantan dan PPD Kota Bharu.
Seterusnya Cik Zakri mengetuai pemeriksaan barang-barang yang dibawa oleh peserta bagi memastikan bersih dari sebarang unsure-unsur negatif seperti rokok. Taklimat panggilan kecemasan (khas) bagi menentukan panggilan antara peserta dengan tetamu dan urusetia. Sarjan daripada setiap sekolah diminta oleh ketua kem untuk memaklumkan jumlah ahli Briged Bakti di sekolah masing-masing. Selepas solat Zohor berjemaah, alunan nasyid Asma Ul-Husna dan lagu Remaja Briged dimainkan. Pembahagian kumpulan yang terdiri daripada 4 kumpulan lelaki dan 5 kumpulan perempuan. Jawatan penghulu disandang oleh Mohd Fitri dari SMU(A) Maahad Muhammadi Lelaki, manakala penghuluwati disandang oleh Nur Amirah dari SMK (A) Naim Lilbanat.
Pada LDK pertama, para peserta dikehendaki mencipta logo, nama kumpulan dan kata-kata semangat. Bagi mencipta kelainan, melodi lagu Briged Bakti diubah oleh para peserta mengikut kreativiti masing-masing. Barang amanah juga diberikan kepada para peserta yang terdiri daripada individu dan kumpulan. Marcapada itu, latihan kawad kaki dikendalikan oleh tiga orang askar dari Kem Desa Pahlawan.
Selepas makan malam, solat maghrib dan isyak berjemaah, kekosongan waktu diantara solat maghrib dan isyak dimanfaatkan dengan pengisian rohani oleh Cik Riyadh. Majlis perasmian Kursus APR1 2008 diadakan pada malam tersebut. Tepat pada pukul 12.15 malam, majlis bersurai dan para peserta dibenarkan mujahid di malam sepi.
Keesokan harinya, para peserta bersedia untuk qiamullai. Tazkirah pagi dikendalikan oleh Saudara Mohd Faizul Afzan bin Mamat dengan tazkirah yang bertajuk “Kepentingan Solat Subuh”. Sabda Rasulullah, “Tidak akan berjaya muslim jika solat subuh berjemaah tidak menyamai bilangan solat jumaat”. Riadah dikendalikan oleh Cik Syafiq Asmawi disusuli pula oleh kawad kaki. Aktiviti simulasi
LDK yang ke-2 pula, para peserta dikehendaki membentangkan logo untuk kumpulan masing-masing. Dalam pembentangan tersebut, sesi soal jawab juga telah diadakan. Peserta juga dibekalkan dengan Ikrar Briged Bakti. Tepat pada pukul 2.45, slot selari diadakan. Slot selari ini merupakan sesi pengajaran dan pembelajaran tentang kemahiran pertolongan cemas dan ikatan. Bagi memantapkan program ini, satu aktiviti kembara berhalangan telah diadakan. Ini dapat mencungkil bakat yang sedia ada dalam diri setiap bakal pemimpin. Sikap kepimpinan akan terserlah apabila peserta itu dapat menangani halangan tersebut. Ceramah 2 yang dikendalikan oleh Tuan Che Yob bin Mohamood dan Encik Kadri mengenai kepimpinan yang perlu ada dalam diri setiap bakal pemimpin. Sebelum melayari bahtera, para peserta dikehendaki menunaikan solat hajat dan bacaan surah Yaasin.
Pada hari berikutnya, qiamullai dan solat subuh berjemaah tetap disempurnakan. Namun begitu, Cik Zulhilmi mengambil alih tugas Saudara Mohd Faizul Afzan bagi mengendalikannya. Dalam sesi ini juga, satu slot tayangan mengenai keganasan dan formula ukhwah disampaikan. Ianya sangat berguna dalam kehidupan harian kita. Tepat pada pukul 8.00 pagi, seperti biasa askar dari Kem Desa Pahlawan menjalankan tugasnya. Kira-kira pada pukul 10.30 pagi, sebahagian peserta iaitu wakil dari setiap sekolah kecuali sarjan dipanggil untuk menyertai POSDIR. Semua peserta dikumpulkan di dalam dewan pada pukul 11.30 pagi. Satu aktiviti khas yang dikendalikan oleh Cik Rahaizad diadakan bagi memastikan barang amanah masih dalam simpanan. Slot selari pula menyusul dari pukul 3.30 petang hingga 5.00 petang.
Tidak ketinggalan, aktiviti kawad kaki tetap diadakan memandangkan kawad kaki merupakan asas kepimpinan. Aktiviti tersebut mengambil masa selama satu jam setengah. Selepas solat maghrib dan isyak berjemaah, Tuan Che Yob mengendalikan slotnya. Dalam slot tersebut, sedikit tayangan perkhemahan perdana tahun sebelumnya dipertontonkan. Pada pukul 12.00 malam, para peserta dibenarkan bersurai dan membuat persediaan akhir bagi merealisasikan ujian bertulis yang akan dijalankan pada keesokan harinya.
Pada hari terakhir kursus ini, para peserta telah menduduki ujian bertulis Briged Bakti. Ujian ini adalah bertujuan untuk menghasilkan para pemimpin Briged Bakti yang serba boleh dan berpengetahuan luas lebih-lebih lagi dalam bidang kemahiran Briged Bakti. Sebelum majlis penutupan dijalankan, peserta melakukan raptai penuh bagi melancarkan lagi majlis tersebut. Majlis dirasmikan oleh Dr. Hj. Wan Mansor Bin Hamzah selaku Pegerusi Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan. Majlis ini tamat pada pukul 2.30 petang. Setelah solat zohor dan makan tengah hari, peserta bersurai. Secara tuntasnya, kursus ini banyak membantu bakal pemimpin bagi menguruskan kepimpinannya di masa hadapan. Akhir kata kursus ini objektif yang dirangka berjaya direalisasikan.