Pada 6 hingga 9 Febuari 2008, Pasukan Kadet Briged Bakti Negeri Kelantan telah mengadakan Kursus Anggota Pangkat Rendah (APR) kumpulan 1 yang bertempat di Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas. Objektif mengadakan kursus ini adalah untuk melahirkan bakal pemimpin yang berketerampilan dan berwibawa dalam pelbagai aspek.
Sesi pendaftaran bermula pada pukul 8.00 pagi. Kira-kira pukul 10.30 pagi, sedikit taklimat ringkas disampaikan kepada para peserta disusuli pula dengan kata-kata aluan tentang aktiviti sepanjang program yang disampaikan oleh ketua kem, Tuan Haji Alias bin Ismail, Ketua Unit Latihan Asas, Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan (BBNK). Diselitkan juga peringatan mengenai peraturan-peraturan sepanjang berkursus. Jumlah peserta yang mendaftarkan diri adalah seramai 92 orang yang terdiri daripada 39 lelaki dan 53 perempuan. Keseluruhan peserta merupakan wakil dari Yayasan Islam Kelantan dan PPD Kota Bharu.
Seterusnya Cik Zakri mengetuai pemeriksaan barang-barang yang dibawa oleh peserta bagi memastikan bersih dari sebarang unsure-unsur negatif seperti rokok. Taklimat panggilan kecemasan (khas) bagi menentukan panggilan antara peserta dengan tetamu dan urusetia. Sarjan daripada setiap sekolah diminta oleh ketua kem untuk memaklumkan jumlah ahli Briged Bakti di sekolah masing-masing. Selepas solat Zohor berjemaah, alunan nasyid Asma Ul-Husna dan lagu Remaja Briged dimainkan. Pembahagian kumpulan yang terdiri daripada 4 kumpulan lelaki dan 5 kumpulan perempuan. Jawatan penghulu disandang oleh Mohd Fitri dari SMU(A) Maahad Muhammadi Lelaki, manakala penghuluwati disandang oleh Nur Amirah dari SMK (A) Naim Lilbanat.
Pada LDK pertama, para peserta dikehendaki mencipta logo, nama kumpulan dan kata-kata semangat. Bagi mencipta kelainan, melodi lagu Briged Bakti diubah oleh para peserta mengikut kreativiti masing-masing. Barang amanah juga diberikan kepada para peserta yang terdiri daripada individu dan kumpulan. Marcapada itu, latihan kawad kaki dikendalikan oleh tiga orang askar dari Kem Desa Pahlawan.
Selepas makan malam, solat maghrib dan isyak berjemaah, kekosongan waktu diantara solat maghrib dan isyak dimanfaatkan dengan pengisian rohani oleh Cik Riyadh. Majlis perasmian Kursus APR1 2008 diadakan pada malam tersebut. Tepat pada pukul 12.15 malam, majlis bersurai dan para peserta dibenarkan mujahid di malam sepi.
Keesokan harinya, para peserta bersedia untuk qiamullai. Tazkirah pagi dikendalikan oleh Saudara Mohd Faizul Afzan bin Mamat dengan tazkirah yang bertajuk “Kepentingan Solat Subuh”. Sabda Rasulullah, “Tidak akan berjaya muslim jika solat subuh berjemaah tidak menyamai bilangan solat jumaat”. Riadah dikendalikan oleh Cik Syafiq Asmawi disusuli pula oleh kawad kaki. Aktiviti simulasi
LDK yang ke-2 pula, para peserta dikehendaki membentangkan logo untuk kumpulan masing-masing. Dalam pembentangan tersebut, sesi soal jawab juga telah diadakan. Peserta juga dibekalkan dengan Ikrar Briged Bakti. Tepat pada pukul 2.45, slot selari diadakan. Slot selari ini merupakan sesi pengajaran dan pembelajaran tentang kemahiran pertolongan cemas dan ikatan. Bagi memantapkan program ini, satu aktiviti kembara berhalangan telah diadakan. Ini dapat mencungkil bakat yang sedia ada dalam diri setiap bakal pemimpin. Sikap kepimpinan akan terserlah apabila peserta itu dapat menangani halangan tersebut. Ceramah 2 yang dikendalikan oleh Tuan Che Yob bin Mohamood dan Encik Kadri mengenai kepimpinan yang perlu ada dalam diri setiap bakal pemimpin. Sebelum melayari bahtera, para peserta dikehendaki menunaikan solat hajat dan bacaan surah Yaasin.
Pada hari berikutnya, qiamullai dan solat subuh berjemaah tetap disempurnakan. Namun begitu, Cik Zulhilmi mengambil alih tugas Saudara Mohd Faizul Afzan bagi mengendalikannya. Dalam sesi ini juga, satu slot tayangan mengenai keganasan dan formula ukhwah disampaikan. Ianya sangat berguna dalam kehidupan harian kita. Tepat pada pukul 8.00 pagi, seperti biasa askar dari Kem Desa Pahlawan menjalankan tugasnya. Kira-kira pada pukul 10.30 pagi, sebahagian peserta iaitu wakil dari setiap sekolah kecuali sarjan dipanggil untuk menyertai POSDIR. Semua peserta dikumpulkan di dalam dewan pada pukul 11.30 pagi. Satu aktiviti khas yang dikendalikan oleh Cik Rahaizad diadakan bagi memastikan barang amanah masih dalam simpanan. Slot selari pula menyusul dari pukul 3.30 petang hingga 5.00 petang.
Tidak ketinggalan, aktiviti kawad kaki tetap diadakan memandangkan kawad kaki merupakan asas kepimpinan. Aktiviti tersebut mengambil masa selama satu jam setengah. Selepas solat maghrib dan isyak berjemaah, Tuan Che Yob mengendalikan slotnya. Dalam slot tersebut, sedikit tayangan perkhemahan perdana tahun sebelumnya dipertontonkan. Pada pukul 12.00 malam, para peserta dibenarkan bersurai dan membuat persediaan akhir bagi merealisasikan ujian bertulis yang akan dijalankan pada keesokan harinya.
Pada hari terakhir kursus ini, para peserta telah menduduki ujian bertulis Briged Bakti. Ujian ini adalah bertujuan untuk menghasilkan para pemimpin Briged Bakti yang serba boleh dan berpengetahuan luas lebih-lebih lagi dalam bidang kemahiran Briged Bakti. Sebelum majlis penutupan dijalankan, peserta melakukan raptai penuh bagi melancarkan lagi majlis tersebut. Majlis dirasmikan oleh Dr. Hj. Wan Mansor Bin Hamzah selaku Pegerusi Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan. Majlis ini tamat pada pukul 2.30 petang. Setelah solat zohor dan makan tengah hari, peserta bersurai. Secara tuntasnya, kursus ini banyak membantu bakal pemimpin bagi menguruskan kepimpinannya di masa hadapan. Akhir kata kursus ini objektif yang dirangka berjaya direalisasikan.
No comments:
Post a Comment