Saturday, May 3, 2008

Post-motem PBBNK 14/2008

Pada 3 mei 2008- bertempat di Pusat Komuniti Kampung Huda,Kubang Kerian,telah diadakan mesyuarat post-moterm sempena Perkhemahan Perdana yang telah berlangsung pada 13 hingga 17 April 2008 bertempat di Kem Pengakap Pusu 40,Pasir Mas (Kem Panglima).

Program ini diadakan selepas waktu Zohor lanjutan daripada Program Derma Darah yang telah diadakan pada sebelah paginya bertempat di Hospitan Sultanah Zainab Kota Bharu.

Mesyuarat Post-Moterm ini dihadiri oleh SIP-SSR yang menjadi urusetia pada Perkhemahan Perdana yang lalu dan juga Senior SIP yang beru bercuti sempena semester.

Ia dimulai dengan bacaan pembuka majlis oleh saudara Alami dan sesi laporan oleh setiap ahli jawatankuasa program. Seterusnya sesi perbahasan penambahbaik perjalanan tugas untuk perkhemahan tahun depan.

Selepas ini sesi pergulungan yang dimulakan oleh Saudara Faizul Afzan(Abg. Afzan) yang menekankan bahawa persefahaman dan kerjasama amat penting didalam bekerja berkumpulan ini dan seterusnya oleh setiap ahlijawatankuasa.

Untuk penutupan, ucapan oleh Tuan Amru (Abg Amru) sebagai penyelaras SSR dan juga Setiausaha ABIM Kelantan dengan memberi nasihat serta semangat kepada SIP-SSR untuk menempuhi kehidupan diluar yang penuh dengan cabaran.

Mesyuarat ini diahkiri dengan tayangan slidedan video yang disediakan oleh pihak Media Bakti dan berakhir pada pukul 6.00petang.

No comments: