Saturday, May 3, 2008

Program Derma Darah SIP-SSR

Pada 3 mei 2008, sekali lagi Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan yang dikendalikan oleh Skuad Ibu Pejabat (SIP) dan Skuad Sikarelawan Remaja (SSR) mengadakan Program Derma darah berama-ramai SIP-SSR yang bertempat di Hospital Besar Sultanah Zainab Kota Bharu,Kelantan.

Peserta berkumpul di Pusat Komuniti Kampung Huda dan bertolak pada pukul 10pagi dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak Hospital dan rombongan ini diketuai oleh saudara Arif Azam (Pekan).

Program ini mendapat sambuatan oleh seramai 37 orang SIP-SSR .Walaupun hanya 15 orang sahaja yang boleh menderma tetapi dengan semangat sudah cukup untuk membuktikan sifat sukarelawan para peserta.

Program ini turut dihadiri oleh Tuan Che Yob selaku timbalan pengerusi PBBNK dan Dr. Rosdi yang juga penasihat PBBNK.

Selain daripada proses menderma darah, peserta juga di ajar cara-cara Pengurusan Orang Sakit Dirumah (POSDIR) oleh kakitangan hospital dan program ini tamat pada tengah hari.

Tujuan program ini diadaakan adalah untuk memberi pengalaman baru kepada adik SSR serta memupuk sikap membuat kebajikan disamping menyahut seruan kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan.

*Klick pada imej untuk yang lebih jelas



































































No comments: