Wednesday, July 29, 2009

Perkhemahan Perdana Briged Bakti Negeri Kelantan kali ke-15/2009

Pada 19-25hb Jun 2009, telah berlangsungnya satu perkhemahan perdana kadet briged bakti remaja Malaysia peringkat negeri Kelantan yang telah diadakan di Home Beach Resort, PCB, Kota Bharu.. Pekhemahan perdana pada kali ini berlainan daripada perkhemahan pada tahun-tahun yang lepas. Ini kerana, buat julung-julung kalinya perkhemahan perdana dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama untuk pasukan puteri yang bermula pada 19hb hingga 22hb Jun 2009, manakala sesi kedua bagi pasukan putera bermula dari 22hb hingga 25 hb Jun.
baca seterusnya

Monday, May 4, 2009

PERKHEMAHAN BERSEPADU PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH MENENGAH (KRS & NGO KATEGORI PEREMPUAN) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2009

Pada 24 hingga 30 April 2009,telah berlangsungnya Perkhemahan Bersepadu Pasukan Badan Beruniform Sekolah Menengah (KRS & NGO Kategori Perempuan) Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 dan diadakan di Pusat Ko-Kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan Daerah Bachok di Tangok.

Pasukan Kadet Briged Bakti Malaysia Cawangan Negeri Kelantan telah bertugas sebagai Jurulatih Pembimbing bagi Stesen Posdir(Pengurusan Orang Sakit Di Rumah).Modul atau slot Posdir yang dijalankan ialah:-

1. Penyediaan Katil Tanpa Pesakit.
2. Penyediaan Katil Dengan Pesakit.
3. Kemahiran Tayammum Dengan Pesakit

Setiap slot berjalan selama 2 jam.Sebanyak 3 slot selari dan dihadiri oleh lebih kurang 60 peserta bagi setiap slot.Para peserta tersiri daripada pelbagai unit beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah(KRS), Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM), Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam, St. John Ambulance dan termasuk peserta daripada Pasukan Pengakap Puteri Thailand.

Jurulatih yang terlibat bagi menjayakan slot Posdir ini terdiri daripada:-

1. Ketua Jurulatih Teknikal : En. Che Yob b. Mohamood(Penyelaras Briged Bakti Negeri Kelantan-Sekolah Menengah)
2. Penolong Ketua Jurulatih Teknikal : En. Saffini b. Deraman
3. Jurulatih Cawangan Kota Bharu:-

* Puan Rohani bt Abdul Rahim(Pegawai Belia BSMM SMK Kedai Buloh,AJK Cawangan BSMM Kota Bharu)
* Puan Wan Faridah bt Wan Hassan(BSMM SMK Beris Panchor,Bachok)

4. SIP dan SSR:-

* Nur Hafiza bt Mokhtar
* Farah Wahyuni bt Zainuddin
* Norma Huzaini bt Mohamed Nawi

Wednesday, April 1, 2009

Laporan Bubur Asyura 2009

Pada 27 Februari 2009 bersamaan 30 Muharam 14320 H Skuad Sukarelawan Remaja(SSR)telah mengadakan satu majlis iaitu majlis asy-syura bertempat di padang Sekolah Sri Al-Hikmah.Setelah menunggu sekian l ama,akhirnya majlis ini berjaya di langsungkan dengan baik pada tahun ini.Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Briged Bakti dan dengan kerjasama Yapiem dan Abim.
Pada malam sebelumnya,kami berkampung di pejabat untuk menyediakan barang-barang keperluan.Beberapa tapak untuk memasak telah disediakan,ada yang membasuh kawah,menyediakan bahan seperti memotong serai,menanak nasi dan sebagainya.Sebelum bersurai,kami di beri taklimat ringkas bagi mengemaskan lagi program yang akan di adakan esok.
Pada esok paginya, selepas solat fardhu subuh secara berjemaah,kami bergegas ke tapak bagi menghidupkan api dan menyediakan bahan-bahan yang hendak digunakan.Kami terpaksa bertungkus lumus menyediakan bahan seperti memesin nasi,serai,kacang hijau dan sebagainya sebelum ketibaan Ustaz Nasir.Walaupun agak keletihan,namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk menjayakan program ini.Sekitar jam 9 pagi,semua SSR dan SIP berkumpul dan bersedia umtuk membantu apa yany perlu.
Sekitar jam 11.30, sementara menunggu bubur masak,satu latihan ringkas diadakan dan diketuai oleh Che Aziz untuk memantapkan ukhuwah diantara SSR&SIP.Kerja-kerja memasak bubur di lakukan secara bergilir-gilir.
Sesungguhnya progarm ini tidak akan berjalan lancar tanpa kerjasama semua pihak.Justeru itu, kepada semua yang terlibat dalam program asy-syura ini di ucapkan jutaan terima kasih.Semoga semua kerja amal ini mendapat keredhaan ilahi

Saturday, November 15, 2008

sakfdfdjncjdslje kdfkjncf

Tuesday, October 14, 2008

Sambutan Majlis Jamuan Hari Raya Edilfitri Sip/Ssr BBNK 2008



Sambutan Majlis Jamuan Hari Raya Edilfitri Sip/Ssr BBNK 2008 pada 3 oktober 2008 bertempat di Pantai Cahaya Bulan (PCB). Program ini dihadiri oleh 56 orang ahli Sip/Ssr yang baru dan lama.

Lihat seterusnya

“Tepis Salah Faham Terhadap Islam” - Billi P. S. Lim


Kempen anti keganasan global yang didalangi oleh Washington (Amerika Syarikat) sejak tahun 2001, telah meninggalkan kesan psikologi yang kurang nyaman di kalangan masyarakat dunia. Terutamanya di kalangan masyarakat bukan Islam, terbentuk pelbagai persepsi dalam pemikiran mereka apabila agama Islam dibincangkan.


Tragedi 911 merupakan kemuncak daripada sekian banyak isu yang dikaitkan dengan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ini. Paling menyedihkan, ada pihak yang cuba menulis dan mengulas tentang Islam tanpa dilandasi oleh kefahaman yang sebenar. akibatnya, secara tidak sengaja, telah memburuk- burukkan lagi nama Islam.

Bagi pakar motivasi terkenal tempatan, Billi P. S. Lim, beliau kurang senang dengan pelbagai bentuk pelabelan negatif yang digunakan oleh media-media utama antarabangsa terhadap Islam. Menurut beliau, pemberitaan tersebut turut menimbulkan persepsi negatif orang bukan Islam terhadap Muslim di Malaysia.


“Sebagai seorang bukan Islam, ada ketikanya terkesan dengan kempen negatif yang cuba dicetuskan terhadap Islam. Setahu saya istilah Islam itu sendiri bermaksud keamanan dan kedamaian. Seiring dengan ajarannya yang menganjurkan kebaikan, sepatutnya orang bukan Islam tidak perlu takut dengan Islam. “Sebaliknya apa yang berlaku sekarang, istilah “Islam” atau “Muslim” dikaitkan dengan keganasan dan kekejaman penganutnya yang dikatakan suka berperang atas nama agama atau jihad. Malang sekali “kedamaian” yang dibawa oleh Islam telah ditutupi oleh kempen tersebut,” jelasnya yang kesal dengan sikap sebahagian pengamal media antarabangsa yang sering memainkan isu “islamic terrorist” secara sewenangwenang.


Billi yang merupakan penulis bagi buku terlaris, “Berani Gagal” atau “Dare To Fail” menyatakan, kempen media seumpama ini lebih merupakan satu bentuk peneguhan (conditioning) secara psikologi. Lebih berbahaya apabila proses ini jelasnya berlaku secara tanpa sedar iaitu dengan memanipulasikan pemikiran bawah sedar (subconscious mind) orang atau kelompok manusia yang disasarkan.


Akibat Gambaran Salah

Berpunca dari kefahaman yang dangkal dan salah faham, masyarakat bukan Islam di Malaysia turut terpengaruh dengan kempen negatif terhadap umat Islam.


Pemegang ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan dari Universiti Malaya ini juga menyatakan Islam ada kalanya disalah ertikan disebabkan perilaku Muslim sendiri yang tidak mencerminkan akhlak sebenar sebagai seorang Islam. Misalnya masalah-masalah seperti penagihan dadah, bohsia, pembuangan bayi, mat rempit, penyelewengan, sumbang mahram dan bermacam-macam lagi yang melibatkan ramai orang Islam.


“Pada fikiran saya masalah - masalah ini berlaku mungkin disebabkan fahaman agama yang kurang. Ini kerana menurut ajaran Islam, pada pemahaman saya, mengajarkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan menjauhkan diri dari perkara buruk. Namun saya tidak nafi kan penganut agama lain juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan,” ujarnya yang mengibaratkan, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Ini kerana orang Melayu yang merupakan penganut Islam, secara umum menerima tempias dari prasangka itu.

Monday, October 13, 2008

Menjelajahi sumbangan belia mengisi kemerdekaan


PDF Cetak E-mail
Monday, 12 November 2007

Oleh SALMAH ZAINAL ABIDIN

Dalam lipatan sejarah kemerdekaan negara ini, dapat dilihat peranan belia sebagai pemangkin perubahan dan pencetus kesedaran di kalangan rakyat negara ini. Mereka yang berjuang ke arah kemerdekaan rata-ratanya berada pada usia muda pada ketika itu. Namun mereka telah membuktikan kemampuan memimpin rakyat negara ini keluar daripada belenggu penjajahan.

Memang tidak dinafikan sumbangan ulama, ahli politik berhaluan kanan dan kiri, guru dan ramai lagi dalam perjuangan ke arah kemerdekaan, namun sumbangan belia juga tidak boleh dipandang ringan. Hal ini kerana, belia melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan dan gerakan, di maktab perguruan, Universiti Malaya di Singapura dan dalam pelbagai jabatan kerajaan.

Inilah inti pati buku Jelajah Belia yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini. Buku yang diterbitkan dalam bentuk bergambar ini dilihat sebagai simbolik kepada semangat cintakan bangsa dan negara di kalangan belia sempena sambutan kemerdekaan ke-50.

Buku setebal 151 halaman yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) itu akan diedarkan kepada semua pemimpin persatuan belia seluruh negara.

Azalina berkata, sejumlah 11.1 juta belia seluruh negara perlu menjadikan buku itu sebagai rujukan bagi memahami erti sebenar kemerdekaan dan perjuangan pemimpin terdahulu yang bekerja dengan ikhlas, tekun dan berhikmah.

Salah satu sumbangan besar belia semasa menuntut kemerdekaan adalah memastikan nasib dan kepentingan orang Melayu terus dipertahankan. Perjuangan belia menuntut ketuanan Melayu amat jelas daripada beberapa babak yang dapat disingkap dan dipaparkan dalam buku ini.

Salah satu usaha penting dalam menggerakkan usaha ke arah kemerdekaan dilakukan oleh Persatuan Melayu Great Britain yang mendesak British menghapuskan Malayan Union. Antara pelajar dan belia Melayu yang memainkan peranan dalam perkara ini ialah Tun Ismail Mohd. Ali, Tun Mohamed Suffian Hashim dan Tunku Abdul Rahman.

Pada halaman 20 buku ini ditampilkan surat Tunku Abdul Rahman selaku Presiden Persatuan Melayu Great Britain kepada Setiausaha bagi Tanah Jajahan bertarikh 15 Januari 1947 yang menggesa dipercepatkan proses kemerdekaan.

Melalui memorandum bertarikh 6 Ogos 1956 sekumpulan pegawai muda Melayu (Malay Forum) mengemukakan memorandum mengenai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Memorandum yang ditandatangani 24 anggota Malay Forum itu ditujukan kepada Pengerusi, Pesuruhjaya Perlembagaan. Antara mereka yang menandatangani surat dan memorandum ini ialah Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Raja Tun Mohar Badiozaman, Tun Hamdan Tahir, Tan Sri Abdullah Ayub, Tan Sri Dol Ramli, Tan Sri Yaacob Abdul Latif, Tun Syed Nasir Ismail, Abdul Jamil Rais dan Sujak Rahiman.

Meskipun sedang berkhidmat dalam pelbagai jabatan di bawah pentadbiran British ketika itu, mereka tidak gentar akan sebarang kemungkinan yang bakal dihadapi dengan menandatangani memorandum berupa desakan tersebut.

Menuntut

Pada 15 Ogos 1956, Kongres Pelajar Melayu Malaya mengemukakan memorandum menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Aminuddin Baki telah menandatangani memorandum ini bagi pihak Kongres Pelajar Melayu Malaya.

Belia juga telah dari awal bergerak ke arah mengisi kemerdekaan. Setelah meruntuhkan Malayan Union, nasib orang Melayu mesti terus dibela. Pelajar Melayu bermuafakat menubuhkan Gabungan Penuntut-penuntut Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948 untuk membela nasib orang Melayu dalam bidang pendidikan, ekonomi dan politik.

Atas inisiatif Aminuddin Baki dan Abdullah Ayub, GPMS mengemukakan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi British menuntut penubuhan sebuah suruhanjaya pelajaran Melayu bagi menangani masalah pelajaran di kalangan orang Melayu.

Pelajar-pelajar Melayu juga turut prihatin dengan sebarang dasar yang menyentuh kepentingan masa depan orang Melayu. Pada 16 Mei 1950, belia Melayu di Universiti Malaya, Singapura telah mengemukakan memorandum membantah cadangan Communities Liaison Committee mengenai hak kewarganegaraan. Mereka menuntut kerajaan berhati-hati dalam melaksanakan dasar kewarganegaraan demi keselamatan orang Melayu.

Buku ini juga menekankan kepentingan ilmu bagi menjadikan sesuatu bangsa itu kuat. Kekuatan ilmu yang ada pada para pemimpin muda yang awal ditampilkan. Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditampilkan dengan citra pemuda yang cemerlang dalam pelajaran sewaktu zaman muda mereka.

Mereka bukan saja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga dalam kegiatan olahraga dan berpersatuan.

Buku ini turut merakamkan kesemua menteri yang pernah memberikan sumbangan bakti mereka menerajui Kementerian Belia dan Sukan. Ini tentulah sesuatu maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda hari ini dalam mengenali pemimpin belia terdahulu.

Demikian sebahagian daripada pelbagai sumbangan belia sepanjang lima dekad mengisi kemerdekaan negara yang dipaparkan dalam buku ini. Dengan isinya yang mantap, buku ini baik menjadi teman bagi setiap belia yang ingin menghayati sumbangan pemimpin belia zaman terdahulu.

Patah tumbuh hilang berganti, belia hari ini bakal menjadi pemimpin di hari muka. Negara memerlukan lebih ramai belia sebagai pemimpin pelapis untuk menongkah arus perubahan dan cabaran yang bakal mendatang.

Justeru, generasi muda harus mengenali dan menghayati setiap jerih payah yang telah dilalui oleh pemimpin belia terdahulu. Kini mereka cuma perlu meneruskan perjuangan yang belum selesai. Jalan terbentang di hari muka mestilah dilalui dengan penuh bersemangat dan iltizam agar nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama ini akan berkekalan.